28 Mei 2010

Suatu Masa di Melaka (Part 1)



Baru-baru ini, abah Amin telah diundang untuk menghadiri kursus di Melaka. Bukan abah Amin sorang je tau, dua orang rakan sepejabat abah Amin turut serta dalam kursus tersebut. Kursus tersebut bermula dari 17 Mei hingga 20 Mei 2010 dan disambung dengan exam PTK. Disebabkan jauh maka perjalanan kena bermula sehari lebih awal. Ambil masa kira-kira 8 jam gak tu.
Kelihatan En Azmi (pemandu yang menghantar ke ILP Selandar) dan Noor Azali. Tiada dalam gambar ini Irwan dan abah Amin.
Oh ye, kursus tu diadakan di ILP Selandar, Melaka. Tempat tu memang agak jauh dari Bandar Melaka tapi ok gak tu sebab kursus kali ni adalah "Kursus Persediaan" bagi menghadiri peperiksaan PTK. Bagi penjawat awam mungkin tau apa tu PTK. Bagi yang bukan penjawat awan atau yang tak tau, PTK ni ialah 'Penilaian Tahap Kecekapan' iaitu satu kaedah untuk menilai kebolehan dan pengetahuan penjawat awam.
Rumah Pakcik Buja. Besar dan Cantik.
Sebelum abah Amin dan rakan-rakan kena bermastautin selama 7 malam di ILP tersebut, abah Amin mengambil peluang bermalam @ lojing di rumah Pakcik Buja yang terletak di Bukit Rambai, Melaka. Orangnya peramah dan banyak cerita-cerita yang dapat kami dengar dari beliau.
Pakcik Buja ni rupanya mengusahakan perusahaan IKS iaitu santan segar dan penternakan ikan keli di kawasan rumahnya.
Ni la Pakcik Buja. Masa sedang bersembang sambil bersarapan pagi
Menurut Pakcik Buja, perusahaan yang beliau jalankan agak berjaya dan beliau menghantar santan segar tersebut ke kedai untuk dijual. Beliau juga menerima tempahan santan dalam kuantiti yang banyak seperti untuk mengadakan kenduri tapi tempahan perlulah dibuat lebih awal.
Promosi sikit. Kalau nak tempah hubungi no di atas.
Pagi kira-kira pukul 9.00 pagi kami perlu bergerak pula ke JKKP Melaka kerana ada barangan perlu diambil di sana. Tak susah untuk ke pejabat JKKP Melaka kerana Pakcik Buja telah memberi panduan jalan untuk ke sana.
Bergambar sebelum masuk Pejabat JKKP Melaka.
Selepas urusan JKKP Melaka selesai, perjalanan ke ILP Selandar pun bermula. Cerita seterusnya akan bersambung dalam part 2 sebab banyak lagi cerita menarik diceritakan nanti. Tunggguuuu je la.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selamat berPTK.
Mcmmana PTK hari 2. Boleh jawab ke?

wan sgmt berkata...

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Semoga Allah rahmati roh abg Azali dan ditempatkan dikalangan org beriman. Baik orangnya..