11 Feb 2012

Berkelah & Mandi | Lata Belatan, Besut

Hujung Januari 2012 lalu, RIS-FAMILI bersantai di Lata Belatan, Besut. Santai sambil berkelah dan bermandi manda. Aktiviti kali ini diterajui oleh sepupu mak iaitu Teacher Along (Izzul) yang sekarang ini sepenuh masa berada di Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut.
Berkelah?... Dah tentunya mak yang paling sibuk di pagi hari menyediakan juadah untuk dibawa ke Lata Belatan. Yummy, sedap nasi dan lauk yang mak masak. Licinnnnnn.
Mandi?... Dah tentunya yang paling sibuk sebelum pegi adalah Amin, siap kumpulkan pelampung, pakaian mandi dan goggle. Dan pakaian mandi dah siap pakai di rumah.

Dan ini pula gambar yg sempat diabadikan sebagai kenangan untuk dicoretkan dalam 'online diary' kali ini.
Gambar Atas : Humaira berposing selepas selesai sesi berkelah. Gambar Bawah : Amin dan Hunaira berposing sebelum balik.
Pada pandangan RIS-FAMILI, Lata Belatan ini bersih dan dijaga dengan baik oleh pihak pengurusan. Ada kemudahan surau, tandas, parking dan kedai di kawasan tersebut.
Kawasan parking disediakan jadi tak perlu tercari-cari parking di bawah pokok atau ditepi jalan. Sampai je RIS FAMILI terus cari port untuk dihamparkan tikar terbang untuk aktiviti berkelah. Kagum melihat kawasan tersebut boleh dikatakan terurus dengan baik.
Gambar Atas : Antara gelongsor yang ada. Gambar Bawah : Teacher Along mendukung Amin.
RIS-FAMILI memilih kawasan mandi yang cetek saja sebab senang nak jaga Amin semasa dia mandi. Gelongsor juga disediakan untuk kanak-kanak gunakan tapi ada sesetengahnya telah rosak. Namun Amin tak suka main gelongsor disebabkan air agak dalam di penghujung gelongsor. Mujur ada Teacher Along sentiasa menemani Amin mandi. Bolehlah abah menikmati kesejukan air di Lata Belatan ni. Airnya memang sejuukkk...
Gambar Kiri : Amin mengigil kesejukan. Gambar Kanan : Humaira turut mandi, Mak cuma mandi kaki je.
Disebabkan kesejukan, Humaira hanya dibawa mandi sekejap sahaja iaitu pada akhir sesi mandi. Jadilah ye Humaira. Ada kesempatan nanti, bila besar boleh pergi lagi dan mandi puas-puas. Lepas mandi, Amin sambung makan lagi sebab kepenatan main air.
Gambar kenangan sebagai bukti pernah datang ke sini.
Sekadar maklumat : Lata Belatan ini berada di Kaki Gunung Tebu dan antara laluan yang akan dilalui jika hendak mendaki Gunung Tebu. Tapi RIS-FAMILI tak pula pergi jauh sekadar berada di sekitar air terjun saja.

Rasa macam nak pergi lagi. Terima Kasih Teacher Along.

6 ulasan:

Denaihati berkata...

Askm. nama tempat ni pun unit Lata Belatan. sy xpernah sampai lagi,

ris-famili.blogspot.com berkata...

Wsalam... Saya pun first time datang sini. Pandangan pertama, kawasan ini bersih dan terurus. Tapi untuk area yg saya pergi, kawasannya tak dalam dan amat sesuai utk bawa kanak2.

Hisyam Syahmi berkata...

sapa nak datang bole la gtau~ sy jd tourist guide~ heheheheheh

lawa pic~ rindu sama budak kecik 2 org tuh~

ris-famili.blogspot.com berkata...

@Hisyam Syahmi
Nanti nak booking tourist guide utk tempat lain plak.

Mr Iqbal Abdullah berkata...

Lata Belatan tak pernah gi, Lata Tembakah pernah la..

ris-famili.blogspot.com berkata...

@Mr Iqbal Abdullah
Mr Ix : Memang sesuai bawak famili termasuk anak kecik (anak saudara pun bleh) utk berkelah sambil mandi manda.
Saya plak lum penah gi lata tembakah, mungkin lain masa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails