29 Nov 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2014 | SKSS1

      Majlis Anugerah Kecemerlangan 2014 bagi Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu telah berlangsung pada 19 November 2014 iaitu minggu terakhir persekolahan. Alhamdulillah, Amin adalah salah seorang yang akan menerima anugerah pada majlis tersebut.
      Majlis berlangsung di Dewan Sulaiman, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Mak, Abah, Humaira dan Baby Husna tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan majlis anugerah tersebut. Ini adalah kali kedua Amin menaiki pentas untuk menerima anugerah kerana tahun lepas juga Amin antara penerima anugerah (klik sini untuk baca entri anugerah tahun lepas).
      Jika tahun lepas tiada peperiksaan diadakan untuk menilai pencapaian pelajar maka tahun ini diadakan ujian setelah mendapat maklubalas dari ibubapa yang ingin peperiksaan diadakan bagi memudahkan ibubapa memantau pencapaian. Maka berdasarkan ujian yang diadakan, Amin mendapat tempat pertama dalam kelasnya iaitu 2 inovatif tapi jika dilihat dari pencapaian murid tahun 2, Amin berada dalam kedudukan ke 10 atau ke 11.

(Markah setiap subjek sengaja dikaburkan)

      Majlis kali ini dirasmikan oleh En. Jelani bin Sulong iaitu Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu. Selain dari pencapaian akademik juga terdapat anugerah untuk aktiviti kokurikulum dan kelas KAFA. Berikut gambar-gambar yang ingin RIS-FAMILI abadikan dalam online diari kali ini.






Tiada ulasan: