Amin masih teruja semasa di Petrosains walaupun dah kali ketiga Amin ke Petrosains pada tahun ini. Apa tidaknya banyak permainan interaktif yang ada di dalamnya yang tak dilepaskan peluang untuk dicuba berkali-kali. Baby Humaira hanya tengok dari stroller je dan sekali sekala kena dukung bila dia dah jemu berada dalam stroller. Mak dan abah jadi pemerhati sambil berinteraktif dan meneroka.
Gambar 1 : Perjalanan Sekilas Masa - Pintu masuk utama ke Petrosains.
Gambar 2 : Mak teruja bila tengok perkataan Farmasi dalam Petrosains.
Gambar 3 : Sedang mencuba untuk mengepam minyak.
Gambar 4 : Beraksi dengan permainan yang ada.
Gambar 5 : Skrin Interktif - Nampak tak rama-rama hinggap di atas bayang-bayang.
Gambar 6 : Skrin Interaktif - Abah dan baby Humaira menahan pasir yang tumpah.
Gambar 7 : Dinasour yang menari sambil menyanyi mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke bahagian 'Geotime Diorama'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan