5 Dis 2011

I-City | Teruja Sebelum Pergi

Cuti sekolah baru ni, RIS-FAMILI bercuti di Kuala Lumpur. Plan asal untuk ke Kota Bahru tapi memandangkan masa percutian tersebut adalah musim hujan dan sesetengah tempat di Pantai Timur ditenggelami banjir maka plan percutian berubah ke Kuala Lumpur memandangkan banyak tempat yang sesuai untuk bawa Amin. Antara agenda percutian kali adalah ke I-City. RIS-FAMILI bercuti 3 hari 2 malam je di Kuala Lumpur sempena tahun baru hijrah.
Memandangkan musim cuti, kesesakan amat ketara dan parking sementara dibuka tapi kawasan parking tersebut tak diturap dengan sempurna dan terdapat kawasan ditakungi air (lepas hujan). Yang tak bestnya parking sahaja dah kena RM 10.00 (DIULANGI RM10). Bagi RIS-FAMILI kadarnya amat tak berbaloi. Lainlah kalau parking tersebut termasuk boleh bermain lain-lain permainan (kalau boleh semua permainan, letak RM20 pun tak pe).
Tapi bila difikirkan balik, tak pe la. Sekali je sebab nak tau gak macamana rupanya I-City tersebut. Lagipun tempat ala-ala I-City ni sudah ada kat Kuala Terengganu ni. Kiranya mini I-City la. Kalau nak bermandikan cahaya boleh la ke mini I-City tersebut. Kalau ada kelapangan nanti, nak ke sana pula dan mungkin boleh di masukkan satu entri berkenaannya nanti. (Update : Dah publish Mini I-City @ KT - Klik Sini)
Antara permainan yang ada disana selain rumah salji. RIS-FAMILI tak naik pun permainan ni sebab bukan tujuan nak bermain permainan di situ. Rasanya kena tambah RM5 lagi kalau nak naik ni.
Haaa... ni antara tujuan asal pergi kesana. Bergambar untuk dijadikan kenangan untuk tatapan di masa depan.

Setakat ni, cukuplah sekali ni dulu untuk ke sana. Buat masa ni rasanya tak perlu lagi ke sana. RM10 untuk lihat lampu je?

Tempat lain (next entry - Klik utk baca) - Aquaria, Taman Burung, Petrosains.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails