27 Jan 2020

Underwater World Langkawi

Lokasi : Underwater World, Pantai Cenang, Langkawi
Tarikh : 12.12.19

      Antara agenda wajib bila ke Langkawi mestilah berenang-renang masuk ke Underwater World. Ini merupakan pengalaman pertama Husna masuk ke Underwater World kerana masa kali terakhir ke Langkawi sebelum ini, Husna masih dalam perut Mak. Kali kedua bagi kakak Ira dan ketiga bagi abg Amin.
      Walaupun dah pernah masuk ke sini, abg Amin, Kak Ira tetap teruja melihat hidupan air yang berenang-renang. Ada yang kelihatan jinak dan rasa macam nak ambil bawa balik. Dan salah satu tumpuan mestilah Penguin. Terhibur melihat gelagat penguin lincah berenang ke sana sini. Menariknya boleh lihat dari atas permukaan dan dari bawah air.
      Satu kenangan yang tak mungkin dilupakan oleh RIS-FAMILI.























Baca Juga : Jom Libur | Underwater World Langkawi

Tiada ulasan: