2 Okt 2017

Masjid Cina Ipoh | Masjid Muhammadiah

      Jika sebelum ini RIS-FAMILI sempat berkunjung ke Masjid Cina yang terletak di Rantau Panjang, Kelantan semasa bercuti di Kelantan (klik utk baca) tapi kali ini masjid berkonsepkan rekabentuk yang sama telah ada di Ipoh.
      Masjid yang ada di Ipoh atau lebih tepat di Kawasan Tasek ini dinamakan Masjid Muhammadiah. Mengikut kabarnya, masjid ini dikendalikan oleh Cina Muslim.
      Dari segi saiz, Masjid di Rantau Panjang mempunyai kawasan yang lebih luas dari Masjid di Tasek. Ini mungkin disebabkan masjid di Tasek ini dibina di kawasan taman perumahan yang telah sediada.
      Seperti biasa, selepas solat abah sempat berswafoto di depan Masjid Muhammadiah untuk dimuatkan dalam online diary ni.
      Bagi yang nak datang ke masjid ini, dari lebuhraya keluar ke arah Tasek dan sampai Tasek cari je medan selera. Masjidnya berdekatan dgn medan selera tersebut.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails