12 Feb 2016

Happy Birthday | Humaira Kini 5 Tahun

Pada 11 Februari 2016 lalu adalah hari ulangtahun kelahiran Humaira yang ke 5. Jadi mak dan abah telah menempah kek untuk majlis hari dan tahun ini sambutan hari jadi di buat di Tadika. Kek di atas adalah kek pilihan Humaira sendiri. Masih ada aura Frozen lagi walaupun dah lama cerita tu.
Inilah kawan-kawan Humaira di tadika. Disebabkan cuti sekolah (cuti tadika juga) selama seminggu sempena Cuti Raya Cina, hanya seramai ini saja kawan-kawan satu kelas dengan Humaira di tadika.
Humaira bersama salah seorang kawan baik di tadika. Nama kawan Humaira ini adalah Khalisa. Kebetulan dia pun pakai baju gambar Frozen.
Ini pula cikgu kelas Humaira dan dikenali sebagai Teacher Mira. Teacher Mira memberi hadiah birthday sempena birthday Humaira. Terima kasih teacher.
Sebelum hadiah dibuka dan kek dipotong, Humira bergambar dulu. Seperti biasa, banyak cerita yang diberitahu selepas Humaira balik ke rumah. Suka mak dan abah tengok Humaira gembira sambut birthday. Semoga Humaira membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam kehidupan.

2 ulasan:

harahaz berkata...

Happy belated birthday Humaira. Moga menjadi anak yg solehah dan cemerlang dunia dan akhirat.

RIS YA berkata...

Terima Kasih autie Harazah. Sambutan secara kecil-kecilan je, hanya buat di Tadika untuk mengembirakan kawan-kawan Humaira.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails