Lepas abah dan Wah sekeluarga datang ke KT hari Isnin lepas, Mak Yang daripada Kota Bharu plak datang berkunjung ke rumah kami pada hari Khamis (semalam). Mak Yang ni adik mak saya yang berkahwin dengan Pak Cik Isa, merupakan orang Kelantan. Jadi, dah beli rumah di KB dan menetap di KB. Kebetulan Pakcik Isa ada keje di KT, jadi Mak Yang dan anaknya (sepupu sayalah kiranya) Farah datang ikut sekali. Tapi, Mak Yang tak tido kat rumah saya sebab ada tetamu istimewa nak berkunjung ke rumah dia... Mak Yang dan Farah hanya sempat makan keropok lekor aje kat rumah saya (typical menu org Ganu ni)
Tetamu datang membawa seribu kebaikan dan membawa pergi seribu kejahatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan