15 Julai 2009- Inilah hari terakhirku berkhidmat di HSNZ... Lihatlah mejaku yang kosong dan tidak berpenghuni selepas ini kerana pemergianku tanpa pengganti. Jadi, hari ni memang teramat sibuklah mengemas dan menyiapkan nota serah tugas kepada pegawai yang akan memikul tugasanku selepas ini...
Mulai esok, name tag itu sudah tidak bermakna dan white coat ni plak akan menjadi hiasan dalam almari, kerana tempat kerja baru selepas ini tak perlu pakai white coat. Baru je 4 bulan bertugas kat HSNZ ni, dah kena pindah....
Ni semua member baik kat ofis... Sebelah kiri saya adalah bos saya yang sangat baik dan komited dengan tugas... Juga masih fit dalam usia 58 tahun ... Walaupun dah pencen, beliau dapat offer sambung semula tugas sebagai pegawai farmasi... So, pencen pun dapat, gaji bulan- bulan pun jalan...
Ni plak bersama pegawai farmasi yang masih dalam latihan provisional. Semuanya lawa dan hensem... juga trendy. Barulah patient bersemangat nak datang farmasi hari- hari...
Saya sayang semua kawan saya di ofis walaupun baru saja berkhidmat di HSNZ dah nak kena tukar. Sebab apa yang penting.... KERJASAMA.
Kat mana plak saya akan bertugas esok?
Tunggu....................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan