18 Jul 2009

Agenda Hari Sabtu Part 1: Nasi Air

Hari ni memang agenda berjalan- jalan saje sepanjang hari dari pagi sehingga petang. Mulanya nak ke Library, pulangkan balik buku Amin pinjam yang dah tamat tempoh 2 hari lepas. Kena denda 20 sen. Kebetulan lak, ada aktiviti dalam Bilik Aktiviti Public Library. Amin pun apa lagi, join main dengan bebudak tu
Terengganu State Public Library ni memang best. Ada pelbagai aktiviti ikut jadual yang dah dirancang. Kebetulan hari ni, menyusun jigsaw puzzle. Kesemua jigsaw puzzle nye nampak baru- baru belaka. Mula- mula Amin nak susun, kejap je.. patu mak dan abah Amin yang kena completekan jigsaw puzzle tu.


Lepas dah pulangkan buku dan pinjam buku yang lain, Ris Famili lepak dan makan kat Kafe Library. Ada satu menu yang buat kami nak try--- Nasi Air.
Selain daripada Nasi Kukus yang popular di Kt ni, Ris Famili belum pernah rasa Nasi Air ni.
Mesti orang luar akan kata Bubur Nasik kan?
Lain sket...
Kalau bubur nasi, kita masak sekaligus...
Tapi, nasik air ni nasi lembik akan dibubuh dulu, kemudian kuah sup akan dibubuh atasnya kemudian... macam kita makan bihun sup, letak bihun, kemudian sup...
Kali ni nasi lembik dulu, kemudian taruh sup...
Rasanya sedap, dan nasi tu masih mendap pada dasar mangkuk, jadi kita kena kacau evenly bagi rata dengan kuah.
Dare to try?

Tiada ulasan: