Entry kali ni mengenai trip Wah sekeluarga datang ke rumah saya di KT ni... 3 hari 2 malam. Wah merupakan mak sedara saya, adik ayah saya. Yang paling seronok, abah pun ikut sekali sebab Wah dah lama tak datang Terengganu, jadi abah sebagai penunjuk arah jalan. Abah datang memang tepat pada masanya, sebab saya pun ada surprise gift nak kasi abah... Omron BP Set latest edition, jadi senanglah abah boleh ukur tekanan darah setiap pagi. BP Set Omron abah sedia ada memang dah lama, patut ditukar yang baru.
Wah datang bukan setakat makan angin. Anak sulung Wah, sepupu saya, dapat offer masuk ke Institut Perguruan Sultan Mizan di Terengganu nih. Jadi, sebab report duty hari Isnin (semalam), semuanya kira datang menghantar lah ni.... Dari Slim River ke Terengganu. Memang sungguh tak patut kalau saya tak bawa round- round ke sekitar Kuala Terengganu nih...
Lepas balik keje hari Ahad (Terengganu keje hari Ahad tau!), bawa semuanya ke Tok Beng, Seberang Takir untuk memborong keropok lekor. Kemudian, tengok stadium runtuh, kemudian ke Lapangan Terbang, kemudian ke Teluk Ketapang... Kemudian patah balik ke Taman Tamadun Islam dan solat Asar di Masjid Kristal. Langsung ke Perkampungan Lekor Losong dan akhir sekali di Pantai Batu Burok.
Taman Tamadun Islam ni memang cantik dan ramai gak yang datang walaupun hari bekerja... Kalau weekend dan cuti sekolah tak payah cakaplah. Harap- harap Wah sekeluarga seronok datang ke KT dan stay di rumah saya ni.... Saya memang cukup suka kalau sedara datang tido kat rumah di KT. Taklah rasa kami sekeluarga ni jauh sangat di Terengganu ni...
Nilah gambar yang sempat saya snap... Yang baju oren is my beloved father. Baju merah tulah my cousin, bakal menjadi guru, insyaAllah. Baju kurung biru is Wah (my mak sedara) dan at the right side: Ayah Chor. Kat depan tu Amin dan Pak Su Hazim (marah tul Hazim kalau kata dia dah jadi pakcik sebab baru darjah 5)
Bagi yang tak pernah datang ke Terengganu, mehlah datang sini dan melancong (ewah, promote lak!)... Banyak gak tempat yang menarik untuk dilawati. Wah pun dah datang ke rumah saya, jadi buat semua sedara saya dan my best friends, apa tunggu lagi... Zoom Terengganu ya.
Saya pun rasa happy sebab sepupu saya akan bermastautin kat Terengganu ni at least for another 5 years.... Bukanlah hanya diriku sebatang kara di Terengganu nih...
1 ulasan:
oo patut la email tak berbalas..rupanya ada tetamu di rumah..heheh..sonoknye...
Catat Ulasan