31 Jul 2009

Zoom Melaka Part 1: Zoo Melaka

Last year dalam penghujung bulan Oktober, Ris Famili ke Melaka. Kami sekeluarga dah start menabung untuk percutian sejak awal tahun, secara berdikit- dikit, dan dalam bulan 10 tahun tu, tabung percutian Ris Famili dah cecah target sepertimana yang diharapkan.
Hari pertama sampai, kami tak kemana- mana, just pusing- pusing cari hotel dan familiar dengan jalan di sekitar bandar Melaka. Pastu esoknya, Ris Famili decided nak ke Zoo Melaka. Amin kan suka tengok Animals...
Kebetulan lak masa masuk ke Zoo Melaka tu, ada animal show yang dah nak mula. Jadi kami pun amik seat. Perasan tak ada kotak belakang abah Amin dan Amin tu? Gambar ni kami snap sebelum show mula. Masa nak mula show, entertainer tu kata dia tertinggal barang dalam kotak belakang tu, rupanya dalam kotak tu ada ULAR!!! Terkejut tul Ris Famili, rupanya kami dok kat ular...

Amin macam lupa dunia dah tengok semua binatang ni... Dalam banyak binatang yang hidup, binatang yang tak bernyawa ni jugak yang dia minat. Nak kasik dia puas hati, bagilah dia posing kat replika ni...
Korang rasa bear ni betul- betul bear ke atau manusia yang bertopengkan bear? Sebab dia macam tahu je nak buat aksi- aksi menarik bila ada manusia dok tengok dia...
Dah hampir pukul 1, Ris Famili decided nak berehat dan minum jap. Kami order ABC je, belum pun sempat ABC nak sampai, ada orang dah ZZZZ dulu....
Lepas puas abah dan mak Amin tunggu Amin tido, Ris Famili sambung lagi jalan- jalan dalam zoo ni. Kaki masing- masing rasa nak tercabut sebab jalan- jalan satu zoo, so kali ni naik train plak round satu zoo. Kasik Amin chance tengok animal puas- puas. Kami kat dalam Zoo ni tak lama, dalam 6 jam je, hehehe... Ris Famili bagi 4 bintang pada Zoo Melaka sebab facilities semua OK, dan kedudukan setiap binatang pun dekat- dekat, jadi budak tak cepat boring atau penat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails