18 Jul 2009

Agenda Hari Sabtu Part 3: Masjid Kristal lagi

Lepas penat meneroka Muzium Terengganu, dah pukul 2 petang tapi masih belum solat Zohor. Memandangkan muzium dan Masjid Kristal (TTI) memang dekat, Ris Famili decided nak solat Zohor kat sana.
Banyak betul bas yang berhenti kat tempat parking. Ada jugak mat salleh yang datang sini. Yelah, dah hujung minggu. Cuaca plak berjerebu je hari ni. Susah betul nak snap gambar ayah Amin sensorang , ada je orang lalu lalang.
Kan dah kata Ris Famili nak solat sini, Amin pun kena amik wudhuk jugaklah... Lepas solat, mak abah nak beli barang dapur kat Mydin Megamall...
Sampai kat Mydin Megamall, tak sampai 5 minit ada budak pengsan tido dalam troli. Kalau ringan boleh gak abah dukung (kan abah kan, kan, kan?)... Dah 20 kilo ni, sorilah Amin sayang...
Kul 5 baru sampai rumah. Begitulah agenda Ris Famili di hari Sabtu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails