Lepas dah kenyang makan Nasi Air, Ris Famili menuju ke Muzium Terengganu yang terletak di Losong ni. Mana taknya, kalau tanya orang luar, mesti ada yang pernah berkunjung ke Muzium ni. Tapi, bagi Ris Famili yang stay kat KT ni belum explore lagi... Ni yang nak explore ni.
Kebetulan lak, time ni ada Pameran Warna- Warna Pelamin sampai 31 Ogos. Patutlah banyak pelawat yang datang. Tak mahal tiket masuk ke Muzium ni. RM 2 untuk dewasa dan cuma singgit untuk kanak- kanak. Budak baya Amin free je...
Kat luar Muzium ni ada tram yang boleh bawak pusing- pusing . Tapi kami tak sure dia punya pathway. Sebab time kitorang jumpa tram dah berhenti. Saja bagi Amin dok kat driver seat sambil hilangkan penat berjalan dan naik tangga.
Amin sangat happy masa datang sini. Asyik berlari- lari dan menjerit tengok pelbagai bende yang dipamerkan dalam muzium, Satu pesanan penaja--- dalam muzium takleh bawa kamera.
Penat gak jalan- jalan dalam muzium ni. Muzium Terengganu ni merupakan muzium terbesar di Malaysia. Tapi dari segi bilangan bahan pameran, saya tak sure samada yang terbanyak atau Muzium Negara dapat mengatasi.
Mak Amin dah penat berjalan. Amin lak masih tak penat. Kuat betul stamina budak kecik ni... Siapa yang nak tengok Batu Bersurat, bolehla berkunjung ke Muzium Terengganu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan