Abah semasa berumur 24 tahun- lepas kahwin dengan mak (segak dan tampan gitu)
Rasanya kalau masih di bulan Jun, Hari Bapa masih relevan kan... Sebenarnya tahun 2009 ni banyak kenangan suka duka sempena Hari Bapa. Tahun ni alhamdulillah semua kami adik- beradik dapat berkumpul dan meraikan abah bersama- sama di rumah saya kat KT ni. Walaupun tiada kek, tapi jauh di sudut hati kami adik beradik mengharapkan kesejahteraan dan kesihatan abah selalu, tak kira hari apa pun. Jasa abah memang tak terbalas... Abah saya ni tegas orangnya, tetapi ketegasan itulah yang menjadikan kami adik beradik jadi orang yang berguna... Terima kasih Abah...
Abah Amin semasa kami sekeluarga melawat Zoo Melaka pada Oktober tahun lepas
Buat Abah Amin yang sentiasa berkorban demi tanggungjawab kepada keluarga. Abah Amin ni seorang yang pendiam sebenarnya... Tapi, jika pandai memetik suis perbualan, abah Amin akan jadi instant peramah. Teruskanlah menjadi bapa yang baik dan penyayang kepada anak- anak kita ya (bila nak tambah anak ni?)
Arwah Bapa Mertuaku sewaktu meraikan Konvokesyen suamiku pada tahun 1996 di UTM Skudai
Saya tidak pernah bersua dengan arwah Bapa Mertua kerana arwah telah pulang ke Rahmatullah sebelum kami mendirikan rumahtangga. Apapun, saya tahu Arwah seorang bapa mertua yang baik dan pandai memasak. Kalau ada kenduri kendara di kampung, arwah merupakan antara orang kuat untuk menyediakan masakan. Menurut kata MIL, arwah setiap tahun akan buat sup kepala lembu/ kerbau setiap kali sambutan Aidilfitri.
Allahyarham Megat Ezaramir ketika kecil
Akhir sekali, tidak dilupakan buat arwah abangku yang telah kembali ke Rahmatullah 18 Januari 2009. Pada tahun ini, buat pertama kalinya, anak- anaknya tidak dapat menyambut Hari Bapa bersama bapa tersayang. Arwah merupakan seorang yang pendiam, penyabar dan bapa yang penyayang. Allah lebih menyayanginya. Sesungguhnya mati itu benar dan pasti.
Al- Fatihah buat Arwah Bapa Mertuaku dan Arwah Abangku.
Sayangilah dan Selalulah Menjenguk/ Bertanya Khabar Bapa Kita Sementara Masih Ada.
"Selamat Hari Bapa"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan