Ini cerita flashback bagi Ris Famili... Selepas bersalinkan Amin, abah ajak pergi holiday ke Kuching, Sarawak. Waktu tu ada travel fair MAS, jadi dapatlah pakej pelancongan stay kat Crowne Plaza Kuching sekali, lebih kurang RM 1280 sahaja untuk penginapan dan return air ticket. Kami pergi April 2007. Gambar atas ni masa cruise kat WaterFront. Mahal gak cruise dia, lebih kurang RM40 seorang.
Waktu pergi ni Amin baru je umur 6 bulan. Tapi, alhamdulillah dia baik je sepanjang holiday ni, tak meragam dan tak mengangis tak tentu pasal. Gambar mak Amin dan Amin masa di KLIA. Ingat lagi, arwah abang saya lah yang hantar kitorang ke KLIA, kebetulan hari tu dia shift pagi...
Hotel Crowne Plaza ni memang best. 4 star hotel dan kita boleh pilih bantal jenis apa yang kita nak tidur. Sampai je hotel, Amin terus bergolek atas katil, meregangkan otot... Tak lama kitorang rehat, terus gerak... Bagi yang suka barangan hiasan rumah, mesti tak lepaskan beli Tikar Sarawak, nanti kedai tu boleh poskan sekali, tak perlu angkut naik flight.
Nilah gambar yang saya snap dan agak menjadi... Kalau tak selalu snap nampak jarilah, sengetlah... Terima kasih abah bawak kami holiday... Nanti saya akan update holiday yang lain- lain pulak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan