19 Jun 2009
Full House Part 1
Minggu ni memang sangat best! Kerana my parents dan my sister datang KT and stay in our house for 5 days 4 nights! Rasa sangat seronok dan hilang segala stress kerja kat hospital. Family memang terapi yang baik untuk kesihatan mental dan emosi...
So, mereka tiba ke KT pada hari Isnin jam 6.00 petang, eloklah balik dari hospital pun dalam 5.40 petang, jadi just nicelah the time they arrived. Malam tu makan rendang pedas ayam yang my mum cook... Oh sangatlah rindu dengan masakan ibu.
Kebetulan my sister baru je tamat pengajian dan sekarang ni tengah tunggu offer daripada JPA and posting... Bagi yang mengenali diriku, mesti harus tahu saya ada hanya seorang adik dalam dunia ni dan akan bergelar dentist yang berkerjaya tidak lama lagi... Buat masa sekarang my sister adalah registered dentist yang jobless, hahaha...
My parents sebenarnya memang dah lama pasang niat nak datang KT, tapi banyak benor kenduri kendara time cuti sekolah hari tu... Jadi terpaksalah di postponed ke minggu after school holidays. My parents sebenarnya memang tak sesat di KT ni kerana pernah tinggal di KT ni dalam tempoh 6 tahun dalam tahun 1986 hingga 1992... Lama dah weh.
Jadi, kedatangan my parents ni seolah mengimbau kenangan di zaman silam sewaktu mereka tinggal di KT dulu. Apapun KT dulu dan KT sekarang memang banyak bezanya. Paling jelas, KT sekarang bergelar bandaraya dan harga semua makanan pun taraf bandaraya larrr...
Bagi yang mengenali diriku dan berhajat nak datang KT, anggaplah rumah kami ni macam homestay... Most welcome.
Ada lagi cerita Part 2 ni, kena tunggu ya...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan