Memaparkan catatan dengan label Library. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Library. Papar semua catatan

10 Ogos 2015

Program Bahasa Inggeris Cuti Pertengahan Tahun | PPAT

      Agak lewat untuk berkongsi cerita tentang aktiviti cuti pertengahan tahun 2015 lalu. Namun walaupun lewat, RIS-FAMILI tetap nak masukkan ke dalam online diary ini untuk simpanan.
      Pada 31 Mei hingga 13 Jun 2015 lalu, Amin telah mengikuti Program 'Effective Communication Skills - School Holiday English Programme' anjuran Pusat Bahasa Terengganu. Ini adalah kali ke tiga Amin join program ini kerana dia minat aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut. Selain belajar secara formal, terdapat juga aktiviti menonton filem orang putih, aktiviti di bilik komputer dan persembahan dalam bahasa orang putih. Bagi mak dan abah, tak kisah la apa aktiviti yang diikuti di musim cuti ini, asalkan aktiviti tersebut berfaedah dan masa cuti tak tersia-sia begitu sahaja.
      Lagipun tak de siapa pun kat rumah nak memantau aktiviti Amin di rumah maklumlah mak dan abah pergi kerja manakala Humaira dan Husna berada di Tadika/Taska. Penutup aktiviti bagi kelas Amin adalah membuat persembahan nyanyian beramai-ramai.
      Pada kali ini, Cikgu kelas Amin adalah Sir Goh dan terdapat seramai 14 pelajar sahaja. Kelas bermula pukul 8.30 pagi dan selesai pukul 1.00 tengahari.

21 Ogos 2014

Program Bahasa Inggeris Cuti Persekolahan | Pusat Bahasa Terengganu


Pada Cuti Sekolah Pertengahan Tahun lalu, Amin menyertai aktiviti cuti sekolah yang dianjurkan oleh Pusat Bahasa Terengganu yang terletak di dalam kawasan Perpustakaan Awam Terengganu. Daripada masa terbuang sepanjang cuti ini, abah dan mak telah mencadangkan supaya Amin mengikuti kursus tersebut dan Amin sebulat suara bersetuju untuk menyertai kursus tersebut.



Ini disebabkan abah dan mak kerja sepanjang cuti pertengahan tahun persekolahan. Selain belajar berkursus, dapat juga Amin bertemu dengan kawan-kawan baru dari sekolah lain kerana kursus ini terbuka kepada semua pelajar. Terdapat 3 kelas untuk kursus ini iaitu untuk pelajar darjah 1-3, darjah 4-6 dan pelajar menengah.


Selain Bahasa Inggeris, terdapat juga kursus bahasa lain seperti Arab dan Mandarin. Bahasa Inggeris untuk dewasa pun ada. Lihatlah gambar atas di mana Amin bersemangat untuk ke kelas Bahasa Inggeris.


Ini pula adalah gambar candid yang sempat abah ambil semasa Amin menyertai aktiviti dalam kelas. Pada hari terakhir kursus, terdapat acara persembahan dan penyampaian sijil. Amin adalah salah seorang yang terlibat dalam persembahan bagi mewakili kelasnya. Persembahan Amin adalah nyanyian lagu 'Twinkle Twinkle Little Star.


Setelah dua minggu kursus inilah bukti yang diterima. Tapi bukan ini yang mak dan abah harapakan. Yang penting ilmu yang dipelajari dan keseronokan Amin mengikut kelas tersebut sepanjang cuti persekolahan yang lalu.


***********ADVERTISEMENT***********

13 November 2010

Jom Belajar - Universiti Teknologi Petronas

      Belek-belek album digital yang lama, ternampak gambar semasa berkunjung ke UTP atau lebih Universiti Teknologi Petronas yang terletak di Bandar Seri Iskandar, Tronoh. Bukan nak ceritakan tentang universiti tersebut secara lanjut tapi saja nak kongsi gambar yang diambil semasa berada di dalam UTP tersebut. Kagum jugalah tengok binaan yang ada. Berikut adalah serba sedikit gambar-gambar untuk dikongsi.

Ruang legar ke Dewan UTP
Dewan, konsep terbuka.
Kerusi dalam dewan, rasa macam dalam stadium.
 Perpustakaan - Pandangan dari luar perpustakaan
Keadaan dalam Masjid di UTP

Untuk makluman pembaca, UTP ni terletak di pertengahan antara Ipoh dan Lumut. Jarak dari Ipoh adalah kira-kira 35 KM manakala jarak dari Lumut kira-kira 49 KM.



***********ADVERTISEMENT***********

26 Disember 2009

Library KT (Part 2)

Bermacam-macam aktiviti yang ada di Perpustakaan Awan Kuala Terengganu (PAKT) ni untuk kanak-kanak terutamanya Amin untuk turut serta. Berikut baki-baki gambar aktiviti di PAKT untuk dikongsi bersama.

Aktiviti Menyusun Huruf.

Inilah Hasilnya. Amin Memang Pandai.

Amin tekun menyusun blok-blok huruf.

Berehat sebentar dalam pondok cendawan.

Berehat Lagi dalam Terowong Beluncas.

Rehat Lagi dan Lagi.

Yeee.... sambung main.
Sebenarnya Perpustakaan ini ada 4 tingkat di mana bahagian kanak-kanak berada di tingkat bawah sekali. Yang lain-lain dah tentunya untuk dewasa, pelajar, remaja dan kanak-kanak 12 tahun ke atas.
Maklumat lanjut Perpustakan Terengganu, Klik SINI

19 Disember 2009

Upin dan Ipin di Library KT


Salam semua. Secara kebetulan,
buku library yang dipinjam memang dah dekat nak sampai tarikh luput.

Jadi, Ris- Famili decided outing famili pada hari Sabtu adalah trip to library.



Hari Sabtu memang hari aktiviti di library KT. 
Ada macam- macam aktiviti yang dijalankan, dari pagi sampai kul 12.00 tghari.


Hari ni, agendanya adalah cara- cara membuat origami.
Tapi, bagi budak yang baya Amin ni, 
aktivitinya main segala permainan yang disediakan dalam bilik aktiviti tuh.

 Tengok,  telinga saya panjang macam rabbit.
Main plak dalam pondok yang disediakan.



Cuba tengok, apa yang ada di luar sana tu....


Berposing di luar pondok, ada 3 pondok sebenarnya. 
Berebut- rebut budak nak main...


Nasib Ris Famili baiklah...
Upin dan Ipin pun datang library hari nih...



Betul, betul, betul...
Tapi, nak bergambar dengan Upin Ipin kena bayar kepada photographer.


Sudahnya, kita tangkap gambar macam ni jelah Amin, jimat sikit.
Heheh...


Haaa, tangkap gambar reramai macam ni tak kena bayar laks.
Oopet pun ada, baru best...





Dah dapat bende yang dia nak dalam plastik bag tu.
Tengok muka dia, ceria sikit.



Nilah dia T-Shirt yang Amin dapat.
Muka dah muram balik, Amin dah mengantuklah...
Bye, bye!

18 Julai 2009

Agenda Hari Sabtu Part 1: Nasi Air

Hari ni memang agenda berjalan- jalan saje sepanjang hari dari pagi sehingga petang. Mulanya nak ke Library, pulangkan balik buku Amin pinjam yang dah tamat tempoh 2 hari lepas. Kena denda 20 sen. Kebetulan lak, ada aktiviti dalam Bilik Aktiviti Public Library. Amin pun apa lagi, join main dengan bebudak tu
Terengganu State Public Library ni memang best. Ada pelbagai aktiviti ikut jadual yang dah dirancang. Kebetulan hari ni, menyusun jigsaw puzzle. Kesemua jigsaw puzzle nye nampak baru- baru belaka. Mula- mula Amin nak susun, kejap je.. patu mak dan abah Amin yang kena completekan jigsaw puzzle tu.


Lepas dah pulangkan buku dan pinjam buku yang lain, Ris Famili lepak dan makan kat Kafe Library. Ada satu menu yang buat kami nak try--- Nasi Air.
Selain daripada Nasi Kukus yang popular di Kt ni, Ris Famili belum pernah rasa Nasi Air ni.
Mesti orang luar akan kata Bubur Nasik kan?
Lain sket...
Kalau bubur nasi, kita masak sekaligus...
Tapi, nasik air ni nasi lembik akan dibubuh dulu, kemudian kuah sup akan dibubuh atasnya kemudian... macam kita makan bihun sup, letak bihun, kemudian sup...
Kali ni nasi lembik dulu, kemudian taruh sup...
Rasanya sedap, dan nasi tu masih mendap pada dasar mangkuk, jadi kita kena kacau evenly bagi rata dengan kuah.
Dare to try?

23 Mei 2009

Tanamkanlah Minat Suka Membaca

Hari ni cuaca kat KT romantik semacam. Nak kata mendung, tak hujan pun. Nak kata panas, baju tak kering pulak. So, nak plan ke mana- mana risau halfway hujan lebat. So, we decided pergi ke Tganu Public Library. Jom layannnn...

Sorilah guys, takleh bawak kamera masuk library nih... Jadi melepaslah nak tangkap gambar Amin tengah baca buku. Sudahnya amik pic Amin dan abahnya kat luar library ni. Apapun, compared to Ipoh Public Library , yang Terengganu punya lebih menarik dan colorful, especially Kids Area. Ada play area lagi.

Ni bukan 1st time kami ke library ni... Dah jadi macam aktiviti tetap every fortnight or once a month. Sekali pergi, borrowed 6-7 books, semua untuk Amin. Tanamkanlah minat membaca untuk anak- anak kita ya kawan- kawan.

Adios!