Oh memang beginilah Dewan Bersalin. Temperature air cond yang sangat sejukkk.... Terus mak ditempatkan di atas katil. Doktor yang in charge mak Amin ada 2 orang, seorang doktor pakar dan seorang Pegawai Perubatan yang nampaknya lebih kurang sebaya dengan mak Amin.
Doktor terus ambil mesin scanner sebab nak tengok siapa yang menjadi leading twin, samada yang besar atau yang kecil. Kata doktor, kalau leading twin adalah yang kecil, mak Amin perlu dibedah.
Alhamdulillah, doktor nampak yang leading adalah twin yang besar.
Mak Amin masih ingat bila doktor cakap---> Puan, kita nak periksa sekali lagi berapa cm jalan dah terbuka. Kat admission tadi 5 cm kan?
Pastu doktor tu cakap lagi----> Saya tak payah periksa lah, saya dah nampak kepala baby. Tapi please jangan teran lagi. Saya belum ready lagi. Awak ni memang jenis senang bersalin nampaknya.
Mak Amin cakap---> Saya memang tak rasa nak teran lagi doktor.
And within beberapa seconds, mak Amin cakap lagi----> Doktor, saya rasa nak meneran lah.
Doktor replied---> Ok, teranlah...
Mak Amin ingat lagi, selepas 2 kali meneran, dengar doktor cakap---> Ok, dah sampai dahi, teruskan meneran. Bagus.
Mak Amin berehat jap, amik nafas. Doktor kata jangan stop. Sambung meneran.
Seingat mak Amin, setelah 5 kali teran---> terdengar bunyi gunting----> oh, kena gunting jugakah???
1st twin selamat dilahirkan seberat 2.7 kg pada 7.54 malam. Itulah dia Humaira Soleha (seperti gambar) Doktor beritahu, puan dapat baby girl sambil tunjukkan baby tu dari jauh. Kemudian staff nurse amik dan cuci di sebelah.
Mak Amin rasa sangat bersyukur, 1st twin lahir dengan selamat. Mak Amin cakap---> Doktor, kenapa saya tak rasa apa- apa pun?
Doktor tu pun tergelak ---> Yelah puan, puan kan carry kembar tak seiras. Ada dua karung. Saya kena pecahkan air ketuban dulu.
Owhhhh, kenapalah mak Amin blurrr plak padahal dah tahu the facts?
Doktor tu pun terus pecahkan air ketuban dan terus mak Amin rasa sakit.
Doktor, saya rasa nak meneran dah.
Doktor beritahu---> But, anak awak yang ni masih songsang.
Kami perlu adjust dahulu.
Mak Amin cakap---> Memang rasa nak keluar lah doktor.
Doktor said---> OK, teranlah. It's OK.
Mak Amin hanya meneran 2 kali dan lahirlah pula Humaira Syuhada pada 7.59 malam, seberat 1.7kg (beza sekilo dengan Soleha).
Doktor tanya---> Puan, nak tengok kah anak yang 2nd ni? Mungkin doktor risau mak Amin lemah semangat melihat babyku anencephaly.
Ya, saya nak tengok---> mak Amin jawab.
Terus staff nurse angkat dan letak di dada mak Amin (pleaselah, 2nd twin bukan gambar budak atas katil tu...)
Ya Allah, terasa sungguh kebesaranMu.
Sempat mak Amin mengucup pipi Humaira Syuhada.
Doktor tanya---> Puan tahukah prognosis baby yang ni?
Ya, saya tahu, ucapku dengan redha.
Selepas tu, doktor minta izin nak solat maghrib dulu, dan less than 10 minutes dia datang balik dan terus jahit luka mak Amin.
Memang doktor ni sangat komited and very efficient. Besar pahalanya.
Still remember her name---> Dr Nasibah.
Alhamdulillah, kali ni semua doktor dan staff yang menyambut kelahiran adalah wanita. Juga kelahiran kali ni dipermudahkan olehNya.
Bagaimana berpantang dengan twin agaknya?
Tunggu ya di next episode!
***********ADVERTISEMENT***********
Tiada ulasan:
Catat Ulasan