22 Mac 2011

Episode 3: Pantang Time!

Pantang time biasanya boleh jadi saat yang sangat melecehkan bagi kaum ibu. Tapi, bagi mak Amin memang suka sebab time nilah boleh rehat puas- puas sebelum start keje.

Ermmm, kali ni Pantang Time di KT, tak balik Ipoh ataupun Selama. Dan kali ni tukang urut pun daripada Wakaf Tengah yang akan datang sendiri (set appointment sahaja). Tukang urut yang Ris-Famili maksudkan ialah Mak Teh. Dan Mak Teh siap bawakan daum serum (betul ke ejaan ni, orang Terengganu sila betulkan if salah) untuk mandi selepas urut.
Antara hadiah daripada ofismate BPF, terima kasih

Berurut, bertungku, mandi daun serum semuanya 3 kali untuk 3 hari berturut- turut. Dan pakej tak mahal, hanya RM60 bagi setiap sesi, so hanya RM180 bagi 3 hari. Pastu tambahla RM10- 20 untuk duit minyak. Chewaah, macam promote laks. Serius, jika sesiapa berminat, contactla Ris- Famili, bolehla bagi contact no Mak Teh.
Lagi hadiah yang diterima 
(Memang banyak hadiah yang diterima, terima kasih semua)

Sepanjang berpantang sehingga hari ke 20, Tok Besah atau Opah yang mandikan Humaira Soleha. Mak Amin tukang tengok aje sambil bertungku. Abah Amin dan Tok Besah atau Opah yang bakarkan tungku untuk Mak. Kiranya semuanya Opah atau Tok Besah yang settlekan sehingga hari ke 21 berpantang. Bila Opah dah balik dan Tok Besah balik Selama, barulah mak Amin buat semuanya sendiri...
Haaa.... baru rasa buat sendiri. Apapun, esok last day untuk Pantang Time!
YES!!! Merdeka! (Sangat teringin nak makan macam- macam, tapi kene control)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails