9 Okt 2012

Ujian Pemilihan Ke Darjah Satu | SKSS1

Amin Bergaya Di Papan Tanda Nama Sekolah SKSS 1
Amin telah didaftarkan nama untuk memasuki darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu bagi tahun 2013 pada Julai 2011 lalu, Tapi tak sangka pula Amin kena menduduki peperiksaan untuk pemilihan ke sekolah tersebut. Sekolah tersebut dipilih kerana ini adalah sekolah terdekat dari rumah dan juga terletak di laluan mak dan abah untuk pergi balik kerja. Semasa membuat pengesahan penempatan pada bulan Ogos 2012 lalu, abah terima satu surat meminta Amin menghadiri Ujian Pemilihan yang diadakan pada 15 September 2012.
Memohon Restu Mak Sebelum Pergi Ujian
Peperiksaan yang diduduki adalah ujian Bahasa Malaysia dan Matematik. Sebelum ujian dimulakan, taklimat diberikan kepada ibubapa yang menemani anak-anak yang diadakan di dewan sekolah. Selepas itu barulah anak-anak dipecahkan ke kelas-kelas untuk menduduki ujian. Setiap kelas mengandungi 25 orang murid. Amin diletakkan dikelas 1 Inovatif. Kalau tak salah rasanya ada 9 kelas semuannya.
Atas : Di dewan semasa taklimat untuk ibubapa
Bawah : Amin bersedia menduduki ujia.
Amin nampaknya tak kekok berada dalam kelas dan tak sabar-sabar untuk menduduki ujian tersebut. Maklumlah dari kecil dihantar ke Taska/Tadika. Ujian dimulakan dengan Ujian Bahasa Melayu selama sejam. Selepas itu rehat selama 15 minit. Dan bersambung dengan Ujian Matematik juga selama sejam. Untuk ujian Bahasa Melayu, Amin berada dalam kelas sepanjang masa ujian tersebut tapi untuk ujian Matematik, Amin buat dalam tempoh sepuluh minit je. Dan kesannya markah untuk matematik tak setinggi markah Bahasa Melayu.
Amin melihat markah ujian yang dia dapat.
Alhamdulillah, Amin LULUS. Rupa-rupanya uijan yang dibuat ni bertujuan untuk pengelasan kelas semasa darjah 1 nanti. Mana-mana pelajar yang cemerlang dalam ujian ini akan ditempatkan dalam kelas intensif bagi tujuan lompat kelas (darjah 1 & 2 dalam setahun, tahun seterusnya ke darjah 3). Bagaimanapun semua pelajar berpeluang menduduki peperiksaan tersebut masa darjah 1 nanti.
Keputusan Ujian Untuk Kelas Amin
Markah ujian ini telah dikeluarkan dua minggu selepas ujian dan ditampal dipapan kenyataan berhampiran kantin. Tapi Amin hanya pergi tengok markah pada petang selepas sambut birthday di tadika (klik utk baca). Ada beberapa murid dapat 100% dan rasanya dah tentu mereka ni antara calon untuk kelas intensif tersebut. Tahniah kepada yang berjaya. Dan yang pasti, semua akan dapat masuk ke sekolah berprestasi tinggi ini (3 saja di Terengganu - 1 di KT, 1 di Besut & 1 di Kemaman) walaupun apa keputusannya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AWAT HANG DOK BANGGA KAT SKSS 1 TU HEBAT SGT KE.
MANA MANA SEKOLAH PUN SAMA SAJELA.

RIS YA berkata...

@Tanpa Nama
Jgn marah-marah. Terima kasih atas teguran dan teguran tersebut akan saya jadikan panduan untuk lebih berhati-hati lagi menulis.
Saya setuju dengan kata-kata manyatakan bahawa semua sekolah sama saja. Yang penting usaha dari pelajar itu sendiri.
Sebenarnya blog saya ini adalah merupakan catitan famili yang juga saya panggil online diary untuk ditatapi oleh kami dan sesiapa saja.
Pemilihan sekolah tersebut adalah kerana ia merupakan 'sekolah rendah' yang paling hampir dengan tempat tinggal kami dan jika ada sekolah lain yang lebih hampir maka sekolah itulah yang kami akan pilih tak kiralah samaada sekolah berprestasi atau tidak. (Nota : Sekolah paling dekat dengan rumah kami adalah sekolah menengah).

Tanpa Nama berkata...

Fikir terbuka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails