8 Mac 2011

Episod 1: Detik- detik Cemas Sudah Tiba...


Pada 11/02/11 dalam jam 4.15 petang, time tu mak Amin sedang tido tiba- tiba air ketuban pecah. Ingat lagi pesan specialist, masalah biasa dalam twin pregnancy adalah leaking. 

Jika ambil kira sejarah bersalinkan Amin, taklah cepat sangat. 18 jam menahan sakit. So, mak Amin buat- buat relaks sahaja, lagipun memang tak rasa apa pun. Tunggulah waktu Asar masuk dahulu. Boleh solat dahulu, mandi dan makan dahulu...


Lepas Asar, terus Ris Famili ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Sampai sana pun dah hampir pukul 5.40 petang. Datang hospital masa waktu melawat, memanglah ramai umat manusia. Time ni terasa air ketuban keluar lagi... rasa sakit pun sikit- sikit sahaja...


Selepas doktor buat pemeriksaan, rupanya jalan dah terbuka 5 cm... Ishhh, biar betul, masa tu dalam kul 6.20 petang. Tapi taklah sakit sangat, masih boleh tahan. Doktor yang on duty kena key in HIS online yang baru diperkenalkan so amik masa sikit. Dalam kul 7.15 malam, barulah mak Amin ditolak ke Dewan Bersalin.

Apa yang terjadi seterusnya???
Tunggu pengalaman mak Amin di episod seterusnya...

Tiada ulasan: