Keadaan banjir di kawasan halaman rumah
Namun langit tak sentiasa cerah, mendung berkunjung dan hujan tiba jua. Kali ini hujan turun semahu-mahunya di pagi hari ketika para pekerja sibuk untuk ke tempat kerja termasuklah abah Amin (mak Amin masih cuti bersalin masa ni).Memandangkan air belum naik (tapi hujan amat lebat) hanya longkang sahaja dilimpahi air, jadi abah Amin ambil keputusan pergi pejabat dulu untuk 'thumb print' kehadiran dan maklumkan pada boss utk nak balik semula bagi mengangkat apa-apa yang patut (pejabat ngan rumah dekat jer). Namun air lagi pantas. Sampai je di rumah air dah melimpah dan memasuki bilik di bahagian depan. Alhamdulillah, aras lantai lain dalam rumah ni tinggi kira-kira dua inci dari aras bilik depan. Jadi air hanya masuk bilik depan je, hasilnya karpet dan pengesat kaki dalam bilik depan terapung-apung dalam banjir tu, bahagian lain dalam rumah terselamat kali ini.
Kawasan taman yang RIS-FAMILI duduk ni bukan kawasan yang sama arasnya, jadi mana-mana rumah yang di kawasan rendah, agak teruklah jugak kesan banjir ni.
Tapi banjir ni boleh dikategorikan sebagai banjir kilat sebab tak sampai setengah jam selepas hujan berhenti, banjir sudah surut. Menurut jiran yang telah lama tinggal di sini, banjir kali ni boleh dikatakan yang yang terburuk pernah berlaku. Entahla... tak pastila sebab RIS-FAMILI baru dua tahun menginap di sini.
Harap-harap tak berlaku lagi banjir lagi di masa akan datang. Cukuplah pengalaman ini dirasai hanya sekali.
Alhamdulillah, sempat menyelamatkan barangan dari dihanyutkan banjir.
2 ulasan:
hang kena beli bot fiber satu. standby.
@Cikli Errr... rasanya setakat ni tak perlu lagi kot. Tapi kalau sapa2 nak bagi tajaan bot fiber sebijik, ok gak tu.
Catat Ulasan