Dikesempatan RIS-FAMILI berkunjung ke Melaka pada akhir Oktober lalu, RIS-FAMILI turut berkunjung ke masjid ini untuk bersolat sambil berziarah. Memang besar dan selesa untuk menunaikan solat.
Pandangan Masjid Al-Azim dari luar
Persekitaran masjid ini dipenuhi dengan lanskap menghijau yang terjaga rapi. Kawasan lapang yang begitu luas dan tempat letak kereta yang banyak namun rasanya bila solat Jumaat rasanya ruangan letak kereta masih tak mencukupi memandangkan boleh memuatkan begitu ramai jemaah.
Pandangan persekitaran Masjid
Masjid ini bukan sekadar untuk bersolat sahaja kerana terdapat pelbagai ruangan lain untuk kegunaan pengunjung antaranya Taska, Permainan Kanak-kanak, Balai Islam, Muzium Al-Quran, Auditorium, Dewan Kuliah dan Kafeteria. Itu antara yang kelihatan berdasarkan pemerhatian, tak tahu pula jika ada yang terlepas pandang.
Pandangan Dalam Masjid Al-Azim
Ruangan dalaman yang luas dan terjaga membolehkan setiap pengunjung bersolat secara selesa. Sebenarnya terdapat dua tingkat ruangan untuk bersolat dan satu tingkat untuk lain-lain kegunaan.
Seperti biasa, RIS-FAMILI mengambil peluang untuk bergambar untuk disimpan sebagai kenangan.
Antara gambar yang sempat diabadikan
Masjid ini juga ada laman facebook sendiri untuk menghebahkan sebarang aktiviti yang dijalankan. Alamat facebook masjid ini ialah http://www.facebook.com/masjidalazim. Carian melalui enjin carian memaparkan laman sesawang masjid ini namun apabila diklik, terdapat mesej error.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan