Disebabkan jarak yang jauh (walaupun sama-sama Pantai Timur) dan tuntutan kerja yang banyak jadi Pak Long tak berpeluang datang ke sini sebelum ini. Dikesempatan cuti Deepavali yang jatuh pada hari Jumaat dan juga tok turut ada di Terengganu, jadi Paklong sefamili mengambil kesempatan datang ke rumah Amin.
Abah dan mak Amin mengambil peluang untuk memperkenalkan keropok lekor dan nasi dagang kepada Pak Long sefamili. Banyak tempat yang nak di bawa tapi memandangkan cuti umum, jalan sesak teruk (juga parking tak de) banyak tempat yang tak dapat di bawa seperti pasar payang dan muzium negeri.
Santai @ Taman Tamadun Islam / Masjid Kristal
Santai @ Pantai Batu Buruk
Hanya Taman Tamadun Islam, Pantai Batu Buruk, Mydin dan Perkampungan Losong je sempat di bawa bersiar-siar. Tak pe la, nanti datanglah lagi.Nota : Perjalanan dari Tembeling ke Kuala Terengganu mengambil masa minimum 6 jam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan