Pada 6 Disember 2010 lalu, pejabat Abah Amin menerima kunjungan yang dinanti-nantikan iaitu kunjungan oleh Ketua Pengarah JKKP Malaysia. Kali terakhir pejabat Abah Amin menerima kunjungan beliau adalah pada tahun lalu.
Atas kekangan ruangan pejabat, tahun lepas perjumpaan dibuat di bilik mesyuarat Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan namun kali ini perjumpaan dibuat di bilik mesyuarat Wisma Perkeso. Insya Allah pada awal tahun depan pejabat Abah Amin akan turut berpusat di Wisma Perkeso. Selepas habis perjumpaan, Abah Amin dan rakan seopis tak melepaskan peluang meninjau keadaan bakal opis. Begitu luas dan rasa tak sabar pula nak berpindah ke pejabat baru. Hasil pemerhatian didapati kawasan opis baru begitu luas (walaupun masih tidak mencapai keluasan sepatutnya), kawasan letak kereta yang banyak sebab banyak pejabat belum beroperasi (tapi rasanya akan penuh juga bila semua lot habis disewa), namun jalan sesak teruk semasa waktu puncak kerana teletak berhampiran kawasan komersil.
Harap-harap kemesraan yang terjalin sekarang tidak berkurangan apabila berpindah ke opis baru kerana setiap pegawai akan ada ruangan sendiri dan tidak lagi berkongsi kemudahan bersama-sama. Pengalaman di opis lama dan juga pengalaman rakan-rakan yang lain menunjukkan 'kadar' kemesraan akan berkurangan setelah setiap pegawai ada bilik atau ruangan sendiri (jika dibandingkan jika berkongsi kemudahan) walaupun tidaklah sampai bermusuhan.
Kembali kepada aktiviti kunjungan Ketua Pengarah, tak lengkap jika tidak ada aktiviti bergambar bersama beliau. Di bawah adalah hasil dari salah satu aktiviti bergambar. Nikmatinya.... Yummy.
Ketua Pengarah JKKP duduk di sofa sebelah kanan manakala Pengarah JKKP Terengganu duduk di sofa sebelah kiri. Yang lain-lain tu sudah tentunya kawan-kawan seopis Abah Amin. Abah Amin pula berada di...... (cari sendiri)
Nota : JKKP - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Juga dipanggil DOSH.
Klik sini untuk membaca sejarah JKKP.
Klik sini untuk mengenali fungsi JKKP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan