16 Mei 2011

Selamat Hari Ibu

Amin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak Amin yang amat Amin sayang. Juga tak lupa juga kepada sesapa saja yang bergelar ibu.
Inilah Mak Amin (mak pegang adik Amin). Amin Sayang Mak.
Sempena Hari Ibu baru-baru ni, Amin bawa mak pegi makan-makan. Jika tahun lepas bawa makan kat Pizza (klik utk baca), kali ni pula Amin bawa mak makan kat Radix Fried Chicken (RFC) yang ada kat Kuala Terengganu ni.
Heeee.... Promo RFC sikit, untung-untung dapat diskaun nanti
Walaupun dah lebih dari setahun RFC ni dibuka, ni la pertama kali nak mencuba kat restoran ni. Not Bad... tapi air-cond sejuk sangat la. Kesian adik Amin kesejukan.
Sempat lagi Ibu yang diraikan ni berposing sementara menunggu hidangan.
Pada pandangan Amin, RFC ni hampir sama konsepnya dengan restoran segera yang lain jadi kepada sesiapa yang tak suka berkunjung ke restoran segera lain, RFC ni sesuai dijadikan alternatif. Harga dan menu pun lebih kurang sama. Hanya satu yang perlu diperbaiki, cara serve air - janganlah tuang air berkarbonat ke dalam cawan terus dari botol. Nampak tak sesuai jer.
Sudut permainan pun ada jadi Amin plak ambil kesempatan bermain
Tak begitu ramai pengunjung masa Amin dan Famili sampai sini, mungkin sebab bukan hari gaji kot. Tetapi ada beberapa keluarga datang bersama-sama ibu diaorang, rasanya nak raikan hari ibu jugak ni.
Aikkk.... Sapa yang diraikan ni.
Oppppssss.... makanan dah sampai. Apa lagi, Jommm makan. Kalau tak cukup, boleh tambah lagi tapi.... duit pun kena tambah la juga.

Dan ini hasilnya.........
ZzzzzZZzzZzzzz..... Tido Kekenyangan

2 ulasan:

aku nama nora berkata...

ris, meh la lawat akunamanora.blogspot hehehe

ris-famili.blogspot.com berkata...

@aku nama nora
Ooooo.... dah tukar ke? /abis tu blog ni (nora-alfonso.blogspot.com) amacam. Blog ni masih dlm list aku kat kategori blog sahabat tau.
Jgn lupa add lawat dan add blog (http://ris-it.blogspot.com) ni kat My blog List nanti yek.
Patutla sblm ni ada komen tapi tertanya2 gak sapa ni...
Hehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails