16 Februari 2014

Cuti-Cuti Malaysia | Suria KLCC

      Sambungan entri Cuti-Cuti Malaysia Part 3 di mana Part 1 adalah Episod Zoo Negara dan Part 2 adalah Episod Aquaria. Part 3 pula adalah Episod Suria KLCC. Walaupun Suria KLCC terkenal mengenai shopping complex tumpuan dunia, bukan tentang shopping yang RIS-FAMILI nak kongsikan. Selalunya kat Suria KLCC ni RIS-FAMILI hanya window shopping dan makan je. Cerita kali ini adalah berkenaan 'Taman Awam KLCC' yang terletak si luar bangunan yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia satu ketika dulu.
      Taman awam yang di tuju tentunya kolam renang awam yang terletak sebelah barat taman tersebut. Dan kolam renang ni khusus untuk kanak-kanak sahaja. Bukan main seronok lagi Amin dan Humaira bila dapat tahu nak pergi situ apatah lagi mereka hanya tahu setelah dibawa ke kolam renang tersebut. Maklumlah, segala peralatan mandi disorokkan dalam beg semasa hendak ke sana.
 Lihatlah begitu seronoknya Amin dan Humaira bermain air
 Memandangkan cuti persekolahan, ramai juga ibu bapa mengambil kesempatan bawa anak mandi di sini
Walaupun air tak begitu dalam buat Amin, itu tak jadi halangan buat Amin untuk berseronok main air

      Sebenarnya aktiviti ini adalah aktiviti tertangguh yang sepatutnya dibuat pada cuti persekolahan akhir 2012 lalu. Memandangkan pada masa tersebut adalah musim hujan terpaksalah ditangguhkan. Dua kali (hari berturut-turut) RIS-FAMILI ke Suria KLCC tetapi tiada rezeki utk Amin dan Humaira pada masa tersebut kerana hujan. Tetapi tak lah Amin dan Humaira sedih atau kecewa sebab pada masa tu pun mereka tak tahu nak bawa mandi-mandi. Jadi aktiviti tersebut digantikan dengan aktiviti lain (indoor je). Klik sini untuk baca entri tersebut. Rasanya mungkin ke sana lagi jika ada kesempatan. In Sha Allah.

Part 1 : Zoo Negara (klik sini)
Part 2 : Aquaria (klik sini)

26 Januari 2014

Cuti-Cuti Malaysia | Aquaria

      Entri ini merupakan entri sambungan bagi episod Cuti-cuti Malaysia sebelum ini iaitu Zoo Negara (klik sini). Seperti yang dimaklumkan pada entri sebelum ini, pengangkutan awam digunakan sepenuhnya. Jadi perjalanan kali ini tak la sukar kerana lokasi dari tempat penginapan ke Aquaria sepenuhnya menggunakan pengangkutan awam iaitu komuter dan LRT.

Layan je gambar-gambar ni.

Kaca untuk  melihat memerang secara dekat

Santai menikmati hidangan

Memerang tak melepaskan peluang bergaya

Info pelengkap maklumat

Iguana - walaupun nampak garang tapi baikkk

Terkejut melihat jerung terkeluar dari sarangnya

Dalam akuarium berbentuk terowong

Tengoklah Humaira amat teruja melihat ikan-ikan yang besar

Kat sini pun ok gak nak bergambar

Eeeeiii geramnya tengok ikan-ikan tu.

Mak, tengok ikan tu. Cantiknya
Ini kali ketiga Amin dan Mak ke Aquaria, kali kedua buat Abah dan pertama kali untuk Humaira. Walaupun dah pernah pergi, Amin kelihatan teruja semasa di Aquaria. RIS-FAMILI tidak keberatan untuk ke Aquaria lagi jika ada yang sudi sponser. Hubungi kami segera ^_^.

Klik sini utk entri Aquaria sebelum ini.

20 Januari 2014

Cuti-Cuti Malaysia | Zoo Negara

Hujung tahun 2013 lalu, RIS-FAMILI bercuti-cuti Malaysia ke Kuala Lumpur sambil menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki. Kali ini percutian menggunakan pengangkutan awam sepenuhnya jadi penginapan pun kena la pilih di kawasan yang berdekatan dengan LRT supaya memudahkan pergerakan.
Di balai menunggu sementara menanti Pramugari menjemput naik.
Aktiviti pertama adalah pergi ke Zoo Negara dan memang dikhaskan sehari suntuk untuk berada di dalam Zoo Negara. Memandangkan hanya bergantung kepada pengangkutan awam jadi kenalah sewa teksi untuk pergi dan balik. Masa pergi tak de masalah kerana tiket di beli di kaunter teksi di KL Sentral jadi tak perlu risau kalau drebar teksi nak kenakan caj berlebihan.
Seperti biasa sebelum masuk, abadikan kenangan di perkarangan Zoo Negara. Ini adalah kali pertama untuk Amin dan Humaira masuk ke Zoo Negara. Kalau Zoo Taiping dah banyak kali maklumlah abah asal dari sana. Sebagai persediaan jika Humaira tak larat nak berjalan, buggy turut dibawa bersama bagi melancarkan sesi lawatan.
Lihatlah begitu cerianya Amin dan Humaira sepanjang sesi lawatan. RIS-FAMILI tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pertunjukan haiwan yang diadakan pada pukul 3.00 petang. Ramai la juga budak-budak sekolah bersama pengiring yang hadir maklumlah cuti sekolah. Terdapat bahagian Aquarium yang ala-ala 'Aquaria' atau 'Underwater World' di dalam Zoo ini. Walaupun tak besar boleh dikatakan agak menarik.
Disebabkan seharian di dalam Zoo Negara, Humaira dah kepenatan dan tertidur di dalam buggy. Sib baik ada buggy, kalau tak dah tentu dia mengamuk sebab mengantuk. Walaupun Humaira dah tidur, agenda di dalam zoo tetap berjalan kerana banyak juga haiwan yang belum dilihat. Paling menarik tentulah aksi bersama gajah dan kebetulan masa RIS-FAMILI sampai adalah waktu gajah makan. Jadi abah mengambil kesempatan memberi tebu kepada gajah untuk santapan gajah-gajah yang ada. Yummy.
Harga tiket adalah RM30 bagi dewasa manakala RM10 bagi kanak-kanak 3 hingga 12 tahun. Memandangkan Humaira belum 3 tahun jadi tak kena bayar. Juga terdapat harga istimewa bagi murid sekolah dan warga emas berumur melebihi 60 tahun. Bagi RIS-FAMILI, jika ada kesempatan mungkin lain kali nak pergi lagi.

Klik sini untuk entri Part 2- Aquaria


***********ADVERTISEMENT***********