20 Jan 2014

Cuti-Cuti Malaysia | Zoo Negara

Hujung tahun 2013 lalu, RIS-FAMILI bercuti-cuti Malaysia ke Kuala Lumpur sambil menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki. Kali ini percutian menggunakan pengangkutan awam sepenuhnya jadi penginapan pun kena la pilih di kawasan yang berdekatan dengan LRT supaya memudahkan pergerakan.
Di balai menunggu sementara menanti Pramugari menjemput naik.
Aktiviti pertama adalah pergi ke Zoo Negara dan memang dikhaskan sehari suntuk untuk berada di dalam Zoo Negara. Memandangkan hanya bergantung kepada pengangkutan awam jadi kenalah sewa teksi untuk pergi dan balik. Masa pergi tak de masalah kerana tiket di beli di kaunter teksi di KL Sentral jadi tak perlu risau kalau drebar teksi nak kenakan caj berlebihan.
Seperti biasa sebelum masuk, abadikan kenangan di perkarangan Zoo Negara. Ini adalah kali pertama untuk Amin dan Humaira masuk ke Zoo Negara. Kalau Zoo Taiping dah banyak kali maklumlah abah asal dari sana. Sebagai persediaan jika Humaira tak larat nak berjalan, buggy turut dibawa bersama bagi melancarkan sesi lawatan.
Lihatlah begitu cerianya Amin dan Humaira sepanjang sesi lawatan. RIS-FAMILI tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pertunjukan haiwan yang diadakan pada pukul 3.00 petang. Ramai la juga budak-budak sekolah bersama pengiring yang hadir maklumlah cuti sekolah. Terdapat bahagian Aquarium yang ala-ala 'Aquaria' atau 'Underwater World' di dalam Zoo ini. Walaupun tak besar boleh dikatakan agak menarik.
Disebabkan seharian di dalam Zoo Negara, Humaira dah kepenatan dan tertidur di dalam buggy. Sib baik ada buggy, kalau tak dah tentu dia mengamuk sebab mengantuk. Walaupun Humaira dah tidur, agenda di dalam zoo tetap berjalan kerana banyak juga haiwan yang belum dilihat. Paling menarik tentulah aksi bersama gajah dan kebetulan masa RIS-FAMILI sampai adalah waktu gajah makan. Jadi abah mengambil kesempatan memberi tebu kepada gajah untuk santapan gajah-gajah yang ada. Yummy.
Harga tiket adalah RM30 bagi dewasa manakala RM10 bagi kanak-kanak 3 hingga 12 tahun. Memandangkan Humaira belum 3 tahun jadi tak kena bayar. Juga terdapat harga istimewa bagi murid sekolah dan warga emas berumur melebihi 60 tahun. Bagi RIS-FAMILI, jika ada kesempatan mungkin lain kali nak pergi lagi.

Klik sini untuk entri Part 2- Aquaria

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails