14 Jan 2014

Perkongsian Panduan Wanita Berkerja | Masakan

      Bagi wanita berkerjaya yang juga merupakan isteri atau ibu, RIS-FAMILI ingin berkongsi panduan menyediakan makanan kepada famili yang mana telah dan sedang dipraktikan oleh RIS-FAMILI. RIS-FAMILI memahami bahawa masakan ibu adalah masakan terbaik untuk keluarga tetapi kekangan masa bagi wanita berkerja menyebabkan kesuntukan masa untuk menyediakan masakan terutamanya pada hari kerja. Mugkin pada hari cuti dan hujung minggu, terdapat sedikit kelapangan untuk meyediakan masakan untuk famili.
Contoh masakan 'frozen' yang disediakan oleh RIS-FAMILI
      Bagaimanapun masakan masih boleh disediakan walaupun pada hari bekerja dengan mengikuti panduan yang akan dikongsikan bersama ini. Cara yang RIS-FAMILI praktikan adalah dengan membuat masakan 'frozen'. Masakan 'frozen' yang dimaksudkan ini adalah masakan yang dimasak seperti biasa tetapi disimpan dalam freezer selepas masak. (P.S : Ini berbeza dengan masakan yang tak habis dimakan dan disimpan dalam peti sejuk). Makanan yang disimpan ini adalah makanan yang belum lagi dijadikan hidangan dan di simpan selepas masak.
      Penyediaannya dibuat semasa ada kelapangan dan biasanya pada hari cuti. Menu yang sama tidak diulangi pada hari lain dalam tempoh seminggu ini bermakna jika nak buat frozen untuk 3 hari maka perlu ada tiga menu berbeza. Biasanya ayam sesuai untuk dibuat masakan 'frozen' atau sediakan hanya kuah sahaja manakala ikan atau lain-lain bahan dimasukkan semasa masakan tersebut hendak dimakan. Sebagai contoh gambar di atas, kuah masak kurma difrozenkan dan pada hari yang hendak dihidangkan hanya tambah telur rebus. Begitu juga kuah sweet sour, gorengkan ikan dan curahkan ke atas ikan semasa hendak dihidangkan.
      Ini hanya dua contoh masakan utama yang di tunjukkan. Banyak lagi menu yang boleh dicuba seperti sup, masakan kicap dan sebagainya. Bagi masakan sampingan seperti sayur, perlulah dimasak pada hari yang sama tapi masih boleh dicepatkan dengan cara memotong dan mencuci dibuat terlebih awal dan di simpan dalam bekas yang sesuai.

SELAMAT MENCUBA

(Nota : Panduan ini hanya sesuai jika anak, suami atau ahli famili yang lain tidak terlalu cerewet dalam aspek pemakanan)

2 ulasan:

homemade bahulu berkata...

Boleh share ye.

Ris Ya berkata...

Ida Husnon. Dipersilakan, memang entri ini untuk dikongsi bersama.