28 Jun 2010

Cuti-Cuti Malaysia - Masjid Hadhari

Awal bulan Jun baru-baru ni, RIS-FAMILI mengambil peluang cuti 3 hari sempena Cuti Keputeraan YDP Agong untuk balik ke kampung. Dalam perjalanan balik ke kampung, RIS-FAMILI mengambil peluang singgah di Masjid Hadhari iaitu masjid yang menjadi mercu tanda bandar Jerteh, Besut.
Masjid ini terletak di tengah bandar Jerteh (tepi Sungai Besut) dan dari jauh sudah kelihatan menara dan kubahnya tersergam indah. Jarak dari Kuala Terengganu ialah kira-kira 100 km dan dari Kota Bahru kira-kira 65 km.
Di persekitaran kawasan masjid ini turut terdapat kedai runcit, kedai makan, rumah tumpangan, taman dan tempat rehat (wakaf) untuk kemudahan pengguna. Juga dikatakan terdapat kemudahan wi-fi di masjid ini namun RIS-FAMILI tidak berkesempatan mencubanya. RIS-FAMILI percaya masih ada beberapa kemudahan/aktiviti lain yang tidak dinyatakan disini.
Rumah tumpangan yang berada di dalam kawasan Masjid
Deretan kedai yang turut mewarnai persekitaran masjid
Laluan berbumbung dikelilingi taman
Senibinanya juga agak menarik dengan ukiran-ukiran buatan tangan juga buatan mesin menghiasi binaan masjid ditambah dengan landskap yang terjaga rapi. Begitu juga bilik air dan bilik mandinya juga terjaga dan bersih.
Senibina di dalam kawasan masjid
Antara ukiran yang ada
Ruang sembahyang yang luas dan selesa
Tangga turut dihiasi kerawang

Jika anda melalui bandar Jerteh jangan lupa singgah di masjid ini untuk sama-sama mengimarah masjid ini.


***********ADVERTISEMENT***********

22 Jun 2010

Demam Campak? Petuanya...

RIS-FAMILI ingin berkongsi info tentang petua orang tua-tua di mana petua ini telah pun diamalkan oleh RIS-FAMILI juga. Hasilnya juga didapati tidak menghampakan.
Pernah nampak pokok ini? Ni la pokok bambu. Menurut petua orang tua, daun pokok ni digunakan untuk mengurangkan gatal-gatal akibat kena campak (chicken pox). Memang gatal jika kena deman campak terutamanya ketika badan panas dan berpeluh. Penggunaan daun ini hanyalah untuk mengurangkan gatal-gatal dan bukanlah untuk  mempercepatkan kadar penyembuhan.
Dalam entri sebelum ini pun ada dinyatakan bahawa RIS-FAMILI pernah diserang demam campak. Jadi daun inilah yang dicari oleh RIS-FAMILI.
Cara nak guna ialah rendam daun ini dalam air mandian dan kemudian guna air yang direndam dengan daun bambu untuk mandi. Satu lagi petua, daun ini diletakkan di bawah bantal dan cadar yang digunakan untuk  baring/tidur.
DiZOOMkan gambar daun ini untuk tatapan pembaca, manalah tau nanti senang nak cari. Walaupun blur tapi sudah cukup untuk dikenali. Kebiasaanya di rumah kaum India dan taman rekreasi banyak ditanam pokok ini.



***********ADVERTISEMENT***********

15 Jun 2010

Satu Masa di Melaka (Part 2)


Selepas selesai menjelajah Bandar Melaka maka tibalah saat yang telah lama di tunggu-tunggu.
Sessi melaporkan diri di ILP Selandar untuk mengikuti Kursus Pemantapan PTK.
Papan tanda apabila sampai di Pekan Selandar. ILP terletak di sebelah Kanan (pukul 3)
Sessi melaporkan diri berjalan lancar dan setiap bilik ditetapkan untuk dua orang peserta. Imbauan semasa belajar di universiti menerpa kerana bentuk bilik seakan-akan bilik semasa study dahulu.
Beginilah keadaan bilik yang didiami selama seminggu. Ok apa.
Sessi kursus bermula secara rasmi pada 8.30 malam dan seramai lebih dari seratus peserta menghadiri kursus ini. Peserta datang dari serata Malaysia dan dari semua jabatan di bawah satu kementerian. Apa lagi, amik peluang berkenalan antara satu sama lain.
Sessi kursus dijalankan di dalam auditorium. Besar dan selesa.
Kursus berjalan selama 4 hari namun dirasakan tidak mencukupi kerana banyak lagi info-info yang tidak sempat disampaikan oleh penceramah.
Makan, makan dan makan lagi.
Seperti kursus-kursus yang lain, kursus ni turut mewah dengan sessi makan. Semasa makan la masa sesuai untuk bersembang dengan member. Menu ok sebab sentiasa berubah setiap hari.
Calon-calon mengambil tempat yang telah disediakan.
Selesai berkursus masa yang agak mendebarkan namun memang ditunggu-tunggu iaitu 'peperiksaan'. Peperiksaan dijalankan di dewan besar ILP Selandar. Harap semuanya lulus.
Lencana ILP Selandar
Terima kasih daun keladi. Kalau boleh tak mahu ambil exam lagi.
(Tak mahu sebab dah lulus, Insya Allah)