28 Jun 2010

Cuti-Cuti Malaysia - Masjid Hadhari

Awal bulan Jun baru-baru ni, RIS-FAMILI mengambil peluang cuti 3 hari sempena Cuti Keputeraan YDP Agong untuk balik ke kampung. Dalam perjalanan balik ke kampung, RIS-FAMILI mengambil peluang singgah di Masjid Hadhari iaitu masjid yang menjadi mercu tanda bandar Jerteh, Besut.
Masjid ini terletak di tengah bandar Jerteh (tepi Sungai Besut) dan dari jauh sudah kelihatan menara dan kubahnya tersergam indah. Jarak dari Kuala Terengganu ialah kira-kira 100 km dan dari Kota Bahru kira-kira 65 km.
Di persekitaran kawasan masjid ini turut terdapat kedai runcit, kedai makan, rumah tumpangan, taman dan tempat rehat (wakaf) untuk kemudahan pengguna. Juga dikatakan terdapat kemudahan wi-fi di masjid ini namun RIS-FAMILI tidak berkesempatan mencubanya. RIS-FAMILI percaya masih ada beberapa kemudahan/aktiviti lain yang tidak dinyatakan disini.
Rumah tumpangan yang berada di dalam kawasan Masjid
Deretan kedai yang turut mewarnai persekitaran masjid
Laluan berbumbung dikelilingi taman
Senibinanya juga agak menarik dengan ukiran-ukiran buatan tangan juga buatan mesin menghiasi binaan masjid ditambah dengan landskap yang terjaga rapi. Begitu juga bilik air dan bilik mandinya juga terjaga dan bersih.
Senibina di dalam kawasan masjid
Antara ukiran yang ada
Ruang sembahyang yang luas dan selesa
Tangga turut dihiasi kerawang

Jika anda melalui bandar Jerteh jangan lupa singgah di masjid ini untuk sama-sama mengimarah masjid ini.


***********ADVERTISEMENT***********

Tiada ulasan: