13 Jun 2010

Piala Dunia tapi ... Jom BINGTEN

Sekarang musim Demam Piala Dunia. Seluruh dunia bertumpu ke Afrika Selatan untuk sama-sama menyaksikan kehebatan pasukan bolasepak pilihan masing-masing merebut Piala Dunia. Abah Amin turut tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan yang disiarkan di kaca tv (TV1 je sebab tak langgan Astro) tapi hanya untuk perlawanan awal malam sahaja. Abah Amin pun ada pasukan pilihan iaitu pasukan Jerman/Sepanyol dan pilihan mak pula Brazil. Salah satu pasukan ni mesti juara punya. Apa pasukan pilihan anda pula.
Dalam sibuk-sibuk setiap orang bertumpu ke Bola Sepak Piala Dunia, kat rumah ni ada satu permainan lain yang menjadi kegemaran Amin. Permainan tersebut adalah BINGTEN. Memang suka dan seronok Amin main bingten ni bersama-sama abah.
Sabtu lepas mak beli sepasang reket bingten ni. Amin suka sangat. Terima kasih mak.
Oh ya, abah kata nama betul permainan yang Amin suka ni adalah Badminton. Tak kisah la nama apa pun, yang penting Amin dah pandai main bingten ni.
Lihatlah aksi Amin menimbang bola bingten ni. Ini baru warming up.
Kalau sesapa nak main bingten ni dengan Amin datang le ke rumah. Tapi jangan lak nangis kalau kalah dengan Amin. Kalah atau menang adat permainan.
Ok lah... Amin nak sambung main. Jommmm Bingten.

Tiada ulasan: