10 April 2013

Kotak Simpanan Dokumen | Please Recycle

Setelah lama meninggalkan segmen 'Please Recycle' kini RIS-FAMILI kembali untuk menghijaukan bumi kita. Kali ini RIS-FAMILI akan membuat kotak simpanan dokumen yang sesuai digunakan di pejabat dan rumah. Dan kali ini masih menggunakan bahan utama yang sama seperti sebelum ini iaitu kotak kertas A4 sepertimana gambar di bawah.
Bahan lain yang tak kurang pentingnnya ialah kertas pembalut (kalau nak cantik, cari yang berwarna warni & bercorak), gunting, gam, pembaris dan hiasan (jika perlu).
Cara buat - Tandakan bahagian yang ingin dipotong pada bahagian kotak dan guntingkan bahagian tersebut, (Penutup kotak bolehlah digunakan sebagai tempat letak kertas recycle). Kemudian ukurkan kertas pembalut mengikut ukuran kotak yang telah dipotong tadi dan gunting. Seterusnya gam kertas pembalut tersebut pada keseluruhan luar kotak. Letakkan hiasan jika mahu. Dan kotak tersebut telah sedia digunakan.

SEBELUM : Kotak Kertas A4 yang asal dan tak menarik

SELEPAS : Kotak yang telah siap dan menarik. Dokumen pun tersusun dengan rapi

Selamat mencuba dan sayangi alam kita.

Label 'Please Recycle' yang lain (Klik pada tajuk di bawah)
Kotak Simpanan Mainan | Please Recycle 1
Kotak Simpan Baju | Please Recycle 2


***********ADVERTISEMENT***********

22 Mac 2013

Cuti-Cuti Malaysia | Pasar Siti Khadijah

      Cerita tentang percutian ke Kelantan bersambung lagi. Jika sebelum ini bercerita tentang Muzium Kelantan (Klik Sini), kali ini pula nak bercerita tentang ikon Kota Bahru yang mesti dikunjungi iaitu Pasar Siti Khadijah. Walaupun pasar ini konsepnya hampir serupa dengan Pasar Payang di Kuala Terengganu namun RIS-FAMILI tetap pergi. Rasanya hampir 5 kali dah pergi situ. Kedua-dua pasar (Siti Khadijah & Payang) tersebut menjual barangan dapur atau barangan segar di bahagian bawah dan produk tekstil dan cenderahati di tingkat atas. Bukannya beli apa-apa pun, sekadar menjamu mata dan berwindow shopping je. Tapi ada la juga cenderahati yang sangkut di hati dan tangan.
Humaira Memerhatikan Suasana Pasar Segar
 Perniagaan Pasar Segar Dikuasai Oleh Golongan Wanita
  Meronda-ronda di Persekitaran Pasar Siti Khadijah
Wahhh... Rambang Mata Melihat Barangan Yang Dijual
Sambil Berwindow Shopping, Sempat Juga Amin & Humaira Bermain Belon Buih Sabun

      Insya Allah, jika ada kesempatan RIS-FAMILI akan berkunjung lagi ke Kota Bahru sebab banyak lagi destinasi menarik yang belum dikunjungi dan juga sesuai dikunjungi berkali-kali. Memandangkan dah bermastautin di Pantai Timur, bolehlah pergi berkali-kali. Hanya pulau-pulau je yang belum dijelajahi sekeluarga, Insya Allah jika ada kesempatan, RIS-FAMILI ingin berkunjung ke pulau-pulau pula dan berkongsi pengalaman dengan pembaca blog ini.


***********ADVERTISEMENT***********

09 Mac 2013

Cuti-Cuti Malaysia | Muzium Kelantan

      Pada 24 Januari 2013 lalu, RIS-FAMILI mengambil kesempatan pergi bercuti ke Kota Baharu sempena cuti Maulidur Rasul. Antara agenda percutian kali ini adalah mengunjungi Muzium Kelantan yang terletak berhampiran tempat penginapan. Tak menjangkakan pada masa lawatan, muzium sedang menganjurkan 'Pameran Kegemilangan Bolasepak Kelantan'. Jadi kira bonus lah sebab selain dapat melihat pameran yang sediaada di muzium, dapat juga melihat pameran berkenaan bolasepak kelantan yang juga lebih gah dikenali sebagai 'The Red Warrior'.
Pameran ini diadakan dari 24 Disember 2012 hingga 31 Januari 2013

Piala yang dipamerkan. Tak pasti samaada piala ori atau replika. Yang pasti piala FA adalah replika sebab ada ditulis pada kertas info. Kelihatan juga bakal jaguh bolasepak tanahair yang sedang beraksi bersama piala yang akan dirangkul nanti.

Pencapaian Kelantan dalam bolasepak ada disenaraikan. Begitu juga poster pemain terhangat Kelantan juga dipamerkan.

Jersi yang digunakan oleh pasukan TRW dari dulu hingga terkini juga menghiasi ruang pameran. Semuanya anggun belaka. Gambar keempat pula adalah peminat TRW sedang memukul gendang bagi menaikkan semangat para pemain.

Peti cabutan bertuah untuk setiap pengunjung pameran. RIS-FAMILI tak melepaskan peluang dan turut memenangi hamper. Disebabkan cabutan hanya dibuat selepas tempoh pameran selesai, tak dapatlah ambil hamper tersebut kerana hanya boleh diambil waktu pejabat sahaja dan tempoh diberi hanya seminggu sahaja. Jadi saudara RIS-FAMILI yang berada di Besut di tugaskan untuk mengambil dan menghabiskan hamper tersebut.


***********ADVERTISEMENT***********