9 Mac 2013

Cuti-Cuti Malaysia | Muzium Kelantan

      Pada 24 Januari 2013 lalu, RIS-FAMILI mengambil kesempatan pergi bercuti ke Kota Baharu sempena cuti Maulidur Rasul. Antara agenda percutian kali ini adalah mengunjungi Muzium Kelantan yang terletak berhampiran tempat penginapan. Tak menjangkakan pada masa lawatan, muzium sedang menganjurkan 'Pameran Kegemilangan Bolasepak Kelantan'. Jadi kira bonus lah sebab selain dapat melihat pameran yang sediaada di muzium, dapat juga melihat pameran berkenaan bolasepak kelantan yang juga lebih gah dikenali sebagai 'The Red Warrior'.
Pameran ini diadakan dari 24 Disember 2012 hingga 31 Januari 2013

Piala yang dipamerkan. Tak pasti samaada piala ori atau replika. Yang pasti piala FA adalah replika sebab ada ditulis pada kertas info. Kelihatan juga bakal jaguh bolasepak tanahair yang sedang beraksi bersama piala yang akan dirangkul nanti.

Pencapaian Kelantan dalam bolasepak ada disenaraikan. Begitu juga poster pemain terhangat Kelantan juga dipamerkan.

Jersi yang digunakan oleh pasukan TRW dari dulu hingga terkini juga menghiasi ruang pameran. Semuanya anggun belaka. Gambar keempat pula adalah peminat TRW sedang memukul gendang bagi menaikkan semangat para pemain.

Peti cabutan bertuah untuk setiap pengunjung pameran. RIS-FAMILI tak melepaskan peluang dan turut memenangi hamper. Disebabkan cabutan hanya dibuat selepas tempoh pameran selesai, tak dapatlah ambil hamper tersebut kerana hanya boleh diambil waktu pejabat sahaja dan tempoh diberi hanya seminggu sahaja. Jadi saudara RIS-FAMILI yang berada di Besut di tugaskan untuk mengambil dan menghabiskan hamper tersebut.

4 ulasan:

Denaihati berkata...

special pameran ni, dipamerkan trofi piala FA. tahniah dapat cabutan bertuah.

RIS YA berkata...

Denaihati : Memang dapat hadiah cabutan bertuah tapi tak dapat ambil sebab jauh. Tempoh diberikan pun seminggu dan hanya pada waktu bekerja. Takkan nak ponteng kerja semata-mata nak ambil hamper. Lainlah kalau menang kereta ke, tablet ke.

Amir berkata...

Ehhh... ada pameran TRW ke. Tak tahu pun. Apasal tak publish awal sblm tamat pameran tu. Melepas..

RIS YA berkata...

Amir : Promosi tak meluas kot sbb tu ramai tak tahu. RIS-FAMILI pun secara tak sengaja tahu tentang pameran ni sbb menginap di hotel berhampiran muzium ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails