Sempena tahun baru 2013, pada Januari lalu Humaira telah mengubah imej rambut yang telah disimpan dari kecil dahulu (walaupun sekarang pun masih kecil) iaitu sejak lepas cukur rambut masa baby dulu. Disebabkan Mak dan Abah tak begitu mahir memotong rambut jadi Humaira ditatarias oleh kedai gunting rambut yang dipilih khas. Disebabkan kedai gunting tersebut adalah kedai gunting rambut perempuan (lelaki tak dibenarkan masuk) jadi Mak lah yang menemai Humaira semasa proses memotong rambut.
Asal - Rambut Panjang dan Terurus
Semasa Gunting - Ikatan dan penyepit dibuka
Selepas Gunting - Comellll
Walaupun ini adalah pengalaman pertama Humaira menggunting rambut namun sepanjang sesi memotong rambut Humaira memberi kerjasama baik. Mungkin disebabkan Mak sentiasa berada berhampiran.
2 ulasan:
hmm.. memag comel humaira..senang nk merias pendek n kemas.. x pe dik lain kali leh simpn rmbut pjng lagi..:>
@Ida Husnon
Mula-mula rasa sayang gak potong rambut tu. Tapi bila fikirkan senang nak diuruskan rambut jadi dah tak kisah sekarang ni.
Catat Ulasan