Terharu rasanya menerima ucapan 'Selamat Hari Bapa' dari Amin. Selain ucapan secara lisan, Amin juga menghadiahkan hasil kreativiti mewarna beliau sepertimana di atas. Cantik. Yang menariknya, gambar beruang yang menjadi watak bapa turut ada misai. Terima kasih Amin.
Dikesempatan ini RIS-FAMILI juga ingin mengucapkan selamat Hari Bapa kepada semua pembaca yang sudah bergelar bapa.
17 Jun 2012
11 Jun 2012
Kotak Simpan Baju | Please Recycle 2
Jika pada entri sebelum ini diceritakan tentang kotak terbuang yang diubahsuai untuk dijadikan tempat simpanan mainan (klik sini utk baca), kali ini kotak terbuang jenis yang sama digunakan untuk membuat kotak simpan baju pula.
BAHAN DIPERLUKAN
1. Kotak yang tidak lagi digunakan, jenis ada penutup. (Cth kotak letak kertas A4)
2. Kertas pembalut hadiah. Kertas majalah berwarna-warni pun boleh.
3. Gunting atau pisau,
4. Pembaris jika dirasakan perlu.
5. Gam
6. Butang baju dan benang.
7. Hiasan seperti reben, bunga kecil atau apa yang difikirkan sesuai.
CARA MEMBUAT
Gunting kertas pembalut hadiah berdasarkan saiz kotak dan lekatkan pada kotak tersebut. Guna pembaris untuk membuat garisan pada atas kotak (bahagian penutup) mengikut segi yang kecil sedikit dari saiz kotak. Potong pada tiga bahagian garisan tersebut dan biarkan satu garisan lagi tidak terpotong. Kemaskan lekatan gam pada pembalut tadi di bahagian yang dipotong. Lipat keluar bahagian yang dipotong tadi pada bahagian yang tak dipotong (jadi pintu). Jahitkan butang baju pada satu bahagian pintu dan sebelah kotak yang berhampiran dengan pintu tersebut. Letakkan riben pada salah satu butang (bagi tujuan sebagai pengikat). Akhir sekali, kenakan hiasan mengikut hiasan yang anda sukai. Dan kotak tersebut sedia digunakan untuk menyimpan apa sahaja (RIS-FAMILI gunakan untuk menyimpan baju baby).
Kotak yang sudah siap tapi hiasan tak sempat letak.
Satu kotak untuk pakaian siang dan satu kotak untuk pakaian malam
BAHAN DIPERLUKAN
1. Kotak yang tidak lagi digunakan, jenis ada penutup. (Cth kotak letak kertas A4)
2. Kertas pembalut hadiah. Kertas majalah berwarna-warni pun boleh.
3. Gunting atau pisau,
4. Pembaris jika dirasakan perlu.
5. Gam
6. Butang baju dan benang.
7. Hiasan seperti reben, bunga kecil atau apa yang difikirkan sesuai.
Kotak yang siap dibalut
CARA MEMBUAT
Gunting kertas pembalut hadiah berdasarkan saiz kotak dan lekatkan pada kotak tersebut. Guna pembaris untuk membuat garisan pada atas kotak (bahagian penutup) mengikut segi yang kecil sedikit dari saiz kotak. Potong pada tiga bahagian garisan tersebut dan biarkan satu garisan lagi tidak terpotong. Kemaskan lekatan gam pada pembalut tadi di bahagian yang dipotong. Lipat keluar bahagian yang dipotong tadi pada bahagian yang tak dipotong (jadi pintu). Jahitkan butang baju pada satu bahagian pintu dan sebelah kotak yang berhampiran dengan pintu tersebut. Letakkan riben pada salah satu butang (bagi tujuan sebagai pengikat). Akhir sekali, kenakan hiasan mengikut hiasan yang anda sukai. Dan kotak tersebut sedia digunakan untuk menyimpan apa sahaja (RIS-FAMILI gunakan untuk menyimpan baju baby).
Kotak yang telah siap dibuat pintu dan pengikat.
06 Jun 2012
DART CORNER - Part 1
Dart adalah satu permainan yang nampak mudah tapi sebenarnya agak susah juga nak menghabiskan permainan dari jika mengikut peraturan sebenar dart. Tapi kalau nak main sekadar baling-baling untuk melepaskan stress memang la mudah dan sesuai benar. Dan inilah yang jadi di pejabat abah apabila sudut yang diletakkan dart dijadikan 'stress corner'.
Mungkin benar jugalah (walaupun sikit) dinamakan sebegitu kerana kalau stress oleh sebab sesuatu atau seseorang, boleh je baling 'buah' dart sambil membayangkan benda atau orang tersebut. Walaupun tak sepenuhnya hilang tapi bolehlah mengurangkan sedikit kestressan tu. Lebih baik buat sebegini dari dipendamkan saja atau baling 'buah' dart tu kepada orang tersebut. Ini salah satu caranya, rasanya banyak lagi cara nak mengurangkan stress ni.
Tapi nama corner tu saja je letak sbb tujuan asal adalah untuk bagi staff pejabat abah beriadah sebab staff pejabat abah ni aktif-aktif belaka, hanya abah je kurang aktif. Banyak aktiviti indoor dan outdoor yang diaorang diceburi di luar waktu pejabat.
Gambar atas sekali - Dart digantung terus di dinding tapi disebabkan terlalu ramai yang stress jadi bukan papan dart yang jadi mangsa. Dinding yang lebih banyak kena lempar. Jadi gambar kedua menunjukkan dart dilapisi pelapik bagi mengelakkan dinding menjadi mangsa. Ini adalah inisiatif yang dibuat oleh Nik Faqharuddin.
Langgan:
Catatan (Atom)






