28 Sep 2014

Cuti-Cuti Malaysia | Masjid Ulul Albab

Sudah lama RIS-FAMILI tak memasukkan entri berkenaan masjid. Kali ini segmen cuti-cuti Malaysia kembali dan akan memaparkan berkenaan Masjid Kayu Seberang Jertih yang lebih dikenali sebagai Masjid Ulul Albab. Masjid ini dirasmikan pada Februari 2012 dan boleh memuatkan kira-kira 1500 jemaah.
RIS-FAMILI yang berkunjung ke masjid ini mendapati keseluruhan binaan adalah dari kayu. Mengikut maklumat yang ada, binaan dibuat dari 90 peratus kayu cengal manakala selebihnya dibuat dari kayu yang lain. Memang bagaikan berada di istana di zaman silam.
Ukiran kayu yang menarik menambahkan lagi seri binaan masjid ini. Masjid ini ada tiga tingkat di mana tingkat bawah (aras tanah) boleh dijadikan ruangan solat jika jemaah ramai. Ruangan rasmi untuk solat pula berada pada aras dua manakala aras tiga (atas) tak pasti la pula kerana RIS-FAMILI tidak la pula naik sampai ke aras tiga.
Persekitaran luar yang terjaga menambah lagi seri pemandangan masjid ini. Terdapat mini taman dan wakaf untuk berehat. Lokasinya yang berada di laluan utama bandar Jertih memudahkan pengunjung untuk singgah berehat dan menunaikan solat. Jaraknya kira-kira 6 km dari pusat bandar Jertih. Di bandar Jertih ini juga terdapat satu lagi masjid tumpuan ramai iaitu Masjid Hadhari (Klik Untuk Baca).

2 ulasan:

Ibu Fahim berkata...

BAGUS...KAMI ORANG TERENGGANU SENDIRI PUN TAK BERJALAN-JALAN LAGI...TQ FOR INFO..;-)

Ris Ya berkata...

Ibu Fahim : Tak pe, nanti bila-bila free pergilah berkunjung untuk bersolat sambil bersantai.