4 Okt 2014

Ulangtahun Kelahiran Amin | 8 Tahun

Hari ini semasa entri ini ditulis iaitu 4 Oktober 2014 merupakan hari ulangtahun kelahiran Amin yang ke 8. Dan hari ini juga adalah hari wukuf di Mekah dan sehari sebelum menyambut perayaan Aidiladha di Malaysia. Semoga hari yang penuh barokah / berkat ini membawa kebaikan kepada birthday boy dan RIS-FAMILI sekeluarga.

Sambutan ulangtahun kali ini adalah seperti tahun-tahun sebelumnya. Disambut secara kecil-kecilan tetapi amat meriah. Menghimpunkan semua ahli RIS-FAMILI dan majlis berlangsung di kediaman RIS-FAMILI bagi menjimatkan kos memandangkan harga minyak baru dinaikkan 2 hari lalu.

Bagi yang tak berkesempatan untuk turut serta, disini dikongsikan gambar-gambar yang diambil semasa majlis tersebut. Marilah sama-sama berkongsi kemeriahan.
Birthday boy bergambar dulu

Abah, saya pun nak bergambar dengan Abang Amin.

Ehhh... mak pun nak bergambar bersama

Selfie lah dulu. Baru leh bergambar sefamili

Yaaa... acara potong kek bermula

Jom makan. Mmmmm sedapnya.
Antara hadiah yang diterima - Buku, alatulis, baju dan permainan. Terima kasih semua. Baju yang dihadiahkan ini adalah baju edisi terhad dan tak ada dijual sebab hanya melalui 'reedem' sempena bolasepak piala dunia. Buku pula merupakan teman setia Amin sejak dari kecil lagi jadi memang sukalah Amin dapat hadiah buku. Permainan pula kesukaan Amin dan Humaira, mana ada kanak-kanak tak suka permainan kan. Humaira pun boleh tumpang main sekali.


Harapan mak dan abah, semoga Amin berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Menjadi anak yang soleh dan berguna kepada negara, masyarakat, dan keluarga.

2 ulasan:

Azlan Bahar berkata...

Selamat Hari Lahir Amin.
Sekejapnya masa berlalu.....

Ris Ya berkata...

Terima kasih Uncle Azlan. Lepas ni Amin sambut birthday bersama-sama adik pula sbb Amin dah dapat adik. Selang sehari je ulangtahun best day kami. Citer ttg adik di sini ---> http://ris-famili.blogspot.com/2014/10/baby-aidiladha.html