3 Mac 2012

Cuti-cuti Malaysia | Kuala Lumpur Bird Park

Cerita percutian bersambung lagi. Last episod untuk cerita percutian RIS-FAMILI untuk cuti sekolah hujung tahun 2011. Untuk membaca percutian episod lain-lain sila klik link ini ---> "Petrosains", "i-City" dan "Aquaria" ini.
Cerita bertuah kali ini adalah cerita melawat 'Taman Burung Kuala Lumpur' atau lebih glamer dipanggil 'Kuala Lumpur Bird Park' oleh orang putih. KL Bird Park ini adalah merupakan taman burung terbesar di dunia bagi kawasan terbuka (errr... betul tak terjemahan ini "World's Largest Free-flight Walk-in Aviary") iaitu berkeluasan 20.9 ekar.
Bagi RIS-FAMILI, memang besar dan ada kawasan yang tak sempat dilawati secara terperinci kerana kesuntukan masa.
Disebabkan dah biasa dengan pengunjung, ada sesetengah burung-burung tanpa segan silu turut bersama-sama bersiar-siar di laluan pejalan kaki. Kesempatan ini diambil oleh RIS-FAMILI untuk memberi burung-burung tersebut makan makanan yang dijual. Memang mendapat sambutan.
Kawasan berbukit dan dihiasi landskap yang menarik untuk diabadikan gambar sebagai kenangan. Sungai dan air terjun menjadi pilihan. Pokok-pokok yang ada membuatkan panas matahari tidak begitu terasa.
KL Bird Park ni terletak di Taman Tasik Perdana dan tak susah untuk RIS-FAMILI cari sebab tourist guide GPS tolong cari. Tiket masuk RM 25 untuk dewasa dan RM 12 untuk kanak-kanak (3 tahun ke atas). Kalau guna Jusco Card dapat RM 15 je. Kalau nak tengok peta klik sini (Peta KL Bird Park). Waktu beroperasi 9.00 pagi - 6.00 petang setiap hari.



***********ADVERTISEMENT***********


6 ulasan:

Unknown berkata...

akak yang duk kl ni tak pernah gi lagi tenguk burung dan ikan tau..sebab mahal sangat..

Ris Ya berkata...

@kak ina kl
Yessss... dah berjaya mengatasi kak ina sbb pergi dulu taman burung. Tapi biasa la tu, org yg jauh yg bersemangat nak pergi. Org dekat tak pergi2 pun. Mcm saya kat sini, sesetengah tempat tu tak pergi pun lagi sedangkan org luar berduyun2 dah pergi.

Denaihati berkata...

berkunjung taman burung ni dapat menenangkan n menyegarkan minda

Ris Ya berkata...

@Denaihati
Sesekali memang menyegarkan tapi kalau berkali2 tak tahan gak poket ni. Heh heh heh...

Cikli berkata...

sayangi malaysia.

Tanpa Nama berkata...

bercuti ke CH, singgah di Galeri BiGDee House of Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata. satu-satunya galeri microfungus aromaterapi nano di dunia!