31 Mac 2012

KR1M KT | Kedai Rakyat 1 Malaysia @ Kuala Terengganu

Kedai Rakyat 1 Malaysia atau lebih dikenali sebagai KR1M (juga disebut Krim dalam BM atau Cream dalam BI) adalah kedai runcit yang menjual barangan kegunaan harian dengan jenama 1Malaysia. Walaupun kedai ini ada barangan jenama sendiri namun barangan jenama lain turut ada.
Pertengahan Februari 2012 lalu, RIS-FAMILI terperasan ada sign board KR1M berhampiran bulatan menuju SK Sultan Sulaiman. Jadi terus RIS-FAMILI pergi ke kedai tersebut untuk meninjau apa yang menarik di sana.
Pada pandangan RIS-FAMILI, KR1M ni sama saja dengan kedai runcit lain. Hanya barangannya ada berjenama 1M. Dari segi harga tak jauh beza. Ada juga barangan yang diperlukan tiada dalam jenama 1M seperti tisu dapur (perasan sebab RIS-FAMILI nak beli tapi tak de). Rasanya 50 - 50 nisbah barangan jenama 1M dengan jenama lain. Rasanya kedai dengan konsep yang sama telah ada dalam Mydin Hypermarket KT namun ia diletakkan pada satu sudut ruangan dalam hypermarket itu sendiri.
Walaupun pergi tanpa perancangan teliti, banyak jugalah barangan yang sangkut. Gambar atas sebagai bukti. Kalau nak pergi KR1M ni lokasinya di Jalan Sultan Omar berhampiran bulatan SK Sultan Sulaiman 1. Rujuk pelan di bawah.

2 ulasan:

Denaihati berkata...

Askm. Diharapkan lebih banyak lagi cawangan kr1m bagi memudahkan pengguna membeli brg keperluan disana

ris-famili.blogspot.com berkata...

W'Salam.
Saya juga berharap begitu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails