1 Ogo 2009

Zoom Melaka Part 3: Public Transport

Kali ini, mak Amin beri sedikit tips bagi yang nak datang ke Bandar Melaka: Bandaraya Bersejarah ni. Make sure u all semua tahu public transport yang ada di bandar Melaka ni. Bagi yang tak suka rushing nak ke sesuatu tempat, boleh try kereta lembu seperti di atas. Aisey, lembu tu pun pandai posing juga...
Transport yang Amin naik ni boleh didapati dalam Melaka Mall. Sekali naik tak mahal, RM 3 aje, dan boleh round- round kat floor tu. Sesuai digunakan bagi budak yang suka berlari dalam mall, umpan bagi dok diam- diam...
Bagi yang nak lebih klasikal seperti zaman Portugis dahulukala, boleh cuba naik kapal yang tak akan berlabuh ke lautan ni. Naik sahajalah ya, bukan belayar. Bagi yang berangan nak naik cruise mewah, tapi masih tak ada kesempatan, try kapal ni dulu. Ramai juga yang berkunjung ke Muzium Kapal ni, nampak unik kan...
Bus double decker ni sebenenarnya memang bas tourism negeri Melaka. Time Ris Famili pergi hari tu, Melaka baru saja diisyhtiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia. Saya tak sure ini bus untuk group tour atau bus pelancongan yang dah ada route tersendiri macam kat KT ni.
Ris Famili decided try public transport yang nih. Best juga dapat round bandar Melaka dengan beca ni. Tapi, nak pesan kalau musim cuti sekolah, harga tour naik beca ni akan jadi berlipat- lipat ganda. So, kalau bajet besar, u all can try. Boleh cecah RM 30-40 per ride, ini menurut pak cik beca ya.
Rasa- rasanya yang mana u all akan pilih jika ke Melaka?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails