Selepas puas meronda di Melaka, Ris Famili pergi ke Port Dickson lak. Tapi, kami di Port Dickson hanya semalam.
Kat Port Dickson, Ris Famili menginap di Hotel Corus. Bukan saja pilih kat sini, tapi memandangkan banyak hotel dah penuh, jadi terpaksalah amik blik nih.. Bilik memang OK dan luas, ada dua katil queen size.
Sebelah petangnya, kami tak lupa jalan- jalan di sekitar pantai dan merendam kaki dalam air laut...
dan dalam pasir!!!
Lepas puas kat pantai dan laut, kasik Amin main air dalam kolam renang kat hotel. Amin mandi sampai menggigil, sangat seeeejukkk.
Dah mandi semua, badan dah sejuk, lapar lah pulak... Ngap apple nih!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan