2 Ogo 2009

Zoom Melaka Part 4: Macam- Macam Daa...

Sori ya... Ada yang tanya, berapa episod cerita Zoom Melaka kali ni? Yelah, nampak macam tak habis- habis je... OK, kali ni cuba akan dibuat seringkas, se -compress mungkin... Picture above merupakan pokok Melaka, yang mana Melaka mendapat namanya. Ada cerita yang kata, Parameswara berteduh kat bawah pokok Melaka, dan tak tahu nama tempat tu apa, terus diberi nama Melaka. Begitulah adanya...
Yang ni plak kat area tempat bersejarah Melaka. Sebenarnya tak jauh daripada tempat ni, kerajaan negeri Melaka jumpa tempat bersejarah yang baru di tapak balai polis. So, demi mengekalkan warisan dunia, balai polis tu diruntuhkan dan dicarigali tapak warisan yang bersejarah tu.
Ris Famili tak lepas peluang ke Taman Rama- Rama dan Taman Buaya. Waktu kami ke Taman Buaya ni, tempat ni tengah under some construction works, jadi tak bestlah sebab tak dapat tengok puas- puas. Taman Rama- Rama plak, saya prefer Cameron Highlands punya...
Menara Taming Sari memang BEST! Sesiapa yang pergi ke Melaka, saya recommend naik Menara Taming Sari nih... Jangan lupa bawak IC, sebab harga tiket ada macam- macam rate...
Ris Famili naik dalam 2-3 kali, dan bila sampai di puncak, kita boleh tengok pemandangan seluruh bandar Melaka. Amin sampai nangis bila benda ni berhenti, dan nak naik berulang- ulang kali.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails