17 Februari 2011

Hadiah Hari Jadi Yang Tak Ternilai

Bulan Februari adalah bulan Kelahiran Abah Amin dan pada bulan ini Abah Amin telah menerima hadiah Hari Jadi yang tidak ternilai dari Mak Amin iaitu baby Girl yang selamat dilahirkan pada 11.02.2011.
Kombinasi nombor yang cantik dan juga baby yang cantik.
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN

10 Februari 2011

Aktiviti Hujung Minggu | Noor Arfa Kraf

Hujung minggu adalah masa untuk RIS-FAMILI berehat dari aktiviti kerja. Berehat dari aktiviti kerja tak bermakna bermalas-malas di rumah je. RIS-FAMILI mengambil peluang untuk meronda-ronda sekitar Kuala Terengganu. Antara lokasi yang dikunjungi adalah Noor Arfa Kraf Komplek yang tersergam indah di Chendering, Kuala Terengganu. Kompleks ini baru sahaja dibuka pada tahun 2008 dan dirasmikan oleh Yang Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Kawasan persekitaran begitu luas dan yang paling penting tempat letak kereta yang banyak memudahkan RIS-FAMILI untuk berkunjung ke kompleks ini. Disebabkan kunjungan RIS-FAMILI sudah petang maka tidak banyak aktiviti yang ada kerana telah ditutup seperti Kelas Belajar Batik. Namun kedai menjual batik dan cenderamata masih dibuka. Banyak pilihan barangan batik dan cenderamata untuk dipilih. Yang penting poket/dompet perlu penuh berisi.
Kebetulan pada masa RIS-FAMILI sampai, ada satu majlis perkahwinan baru sahaja selesai dilangsungkan di kawasan kompleks ini tapi di bangunan yang lain. Kalau awal rasanya boleh je tumpang sekaki. Heeee.
Selain itu terdapat juga banyak kemudahan lain seperti taman permainan, surau, mini zoo (unggas je) dan lapar-lapar kopitiam (macam terbiar je). Seperti biasa le Amin dah tentunya nak pergi mencuba permainan yang ada di taman permainan.
Pada pandangan RIS-FAMILI kompleks ini sesuai untuk dilawati jika pengunjung datang ke Terengganu. Kompleks ini juga salah satu lokasi yang akan dibawa oleh RIS-FAMILI jika ada saudara mara yang datang berkunjung ke Kuala Terengganu. Sekadar menjamu mata, tak semestinya kena beli barang tapi kalau dah terpikat apa salahnya beli.

05 Februari 2011

SAKIT TEKAK | PETUA ORANG TUA

Sekarang ni ramai yang mengadu sakit tekak dan kesannya semakin terasa semasa nak telan (minum atau makan) dan juga semasa nak tidur.  Tak terkecuali merasai keperitan ini adalah RIS-FAMILI sendiri. Bermacam ubatan terjual di kedai dan farmasi boleh dibeli namun apa salahnya jika mempraktikan petua orang dulu-dulu. Selain telah terbukti sebab dah diamalkan sejak dulu, ia juga bebas bahan kimia dan dadah. Heeeee...
RIS-FAMILI sudi berkongsi sebab RIS-FAMILI juga telah mempraktikkannya dan Alhamdulillah berhasil.
Caranya mudah dan bahannya murah. Semuanya telah ada di dapur. Kalau tak caya pergi check kat dapur.
Bahan-bahannya : Cawan, Sudu, Air Suam dan Garam.
Cara penyediaan : Ambil cawan dan masukkan air suam (terpulang nak penuh atau separuh) dan masukkan garam ('lebih' dari secukup rasa - lagi masin lagi bagus), kacau dengan sudu hingga sebati.
Cara rawatan : Masukkan air garam tadi ke dalam mulut (awas jangan tertelan sebab masin), dongak dan kemudian kumur sampai rasa air garam tu di tekak. Luahkan air tersebut dan ulang semua langkah di atas seberapa kali yang korang suka. Dah habis kumur basuh mulut korang tapi jangan sampai pada bahagian berdekatan tekak (sekadar nak buang rasa masin di lidah). Jangan makan atau minum seberapa lama yang boleh (minimun setengah jam kot) sebab nak dapat kesan terbaik. Ulang lagi pada waktu lain pula sehingga rasa dah sembuh. Selamat mencuba.

Kita berikhtiar, Allah yang menyembuhkan.



***********ADVERTISEMENT***********