Hujung minggu adalah masa untuk RIS-FAMILI berehat dari aktiviti kerja. Berehat dari aktiviti kerja tak bermakna bermalas-malas di rumah je. RIS-FAMILI mengambil peluang untuk meronda-ronda sekitar Kuala Terengganu. Antara lokasi yang dikunjungi adalah Noor Arfa Kraf Komplek yang tersergam indah di Chendering, Kuala Terengganu. Kompleks ini baru sahaja dibuka pada tahun 2008 dan dirasmikan oleh Yang Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Kawasan persekitaran begitu luas dan yang paling penting tempat letak kereta yang banyak memudahkan RIS-FAMILI untuk berkunjung ke kompleks ini. Disebabkan kunjungan RIS-FAMILI sudah petang maka tidak banyak aktiviti yang ada kerana telah ditutup seperti Kelas Belajar Batik. Namun kedai menjual batik dan cenderamata masih dibuka. Banyak pilihan barangan batik dan cenderamata untuk dipilih. Yang penting poket/dompet perlu penuh berisi.
Kebetulan pada masa RIS-FAMILI sampai, ada satu majlis perkahwinan baru sahaja selesai dilangsungkan di kawasan kompleks ini tapi di bangunan yang lain. Kalau awal rasanya boleh je tumpang sekaki. Heeee.
Selain itu terdapat juga banyak kemudahan lain seperti taman permainan, surau, mini zoo (unggas je) dan lapar-lapar kopitiam (macam terbiar je). Seperti biasa le Amin dah tentunya nak pergi mencuba permainan yang ada di taman permainan.
Pada pandangan RIS-FAMILI kompleks ini sesuai untuk dilawati jika pengunjung datang ke Terengganu. Kompleks ini juga salah satu lokasi yang akan dibawa oleh RIS-FAMILI jika ada saudara mara yang datang berkunjung ke Kuala Terengganu. Sekadar menjamu mata, tak semestinya kena beli barang tapi kalau dah terpikat apa salahnya beli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan