2 Feb 2011

Tiga Hari Dua Malam - Petaling Jaya

'3 hari 2 malam' antara rancangan yang menarik juga untuk ditonton di televisyen walaupun jarang bebenor RIS-FAMILI menontonnya. Dan bulan November lalu RIS-FAMILI berkesempatan untuk merasai pengalaman 3 hari 2 malam tersebut tapi versi sendiri punya la. RIS-FAMILI ke destinasi nun di Lembah Klang iaitu Petaling Jaya. Walaupun bukan percutian dalam ertikata sebenarnya kerana tujuan asal adalah menemani mak Amin bermesyuarat tapi Amin tetap mengajak abah menghabiskan masa bersiar-siar di Kuala Lumpur masa mak bermesyuarat.
Hotel menginap adalah hotel yang sudah tentunya di Petaling Jaya iaitu berdekatan dengan tempat mak Amin bermesyuarat. Ok juga hotel ni walaupun tak la seratus peratus berpuashati. Penginapan tak termasuk sarapan namun ada gerai-gerai kecik berhampiran untuk menjamu selera. Biliknya agak besar sebab ada ruangan untuk set sofa, kira ruangan tamu le tu. Bilik mandi juga ada bath tub dan ruangan mandi berasingan, tak seperti hotel lain yang tempat mandinya adalah dalam bath tub itu juga. Yang tak best pun ada gak tapi tak yah la syer-syer kat sini. Heeee....
Antara tempat yang Amin dan abah pergi masa mak mesyuarat adalah galeri petrosains (lihat entri sebelum ini) dan meronda-ronda di Bandaraya Kuala Lumpur dengan bas dan LRT. Seperti entri sebelum ni, tak payah kot cerita tentang shopping-menyoping ni.
Hari ketiga dah tentunya hari nak check out hotel. Memandangkan kena check out kul 1.00 petang, RIS-FAMILI ambil peluang meronda-ronda sekitar bandaraya KL lagi selepas check out tapi kali ni mak Amin pun join sekali. Baru la best.
Dah penat-penat meronda rasa nak lepak-lepak rehat sambil duduk sebab dah lenguh kaki. Tapi flight pukul 8.00 malam nanti. Nak jalan dah tak larat, jadi survey punya survey dapat idea. Gi tengok wayang citer katun, dapat gak hilangkan lenguh kaki. Masa tu citer Megamind in 3D. Ok la tu, sesuai untuk tontonan umum. Rasanya tak sampai 10 orang penonton waktu tu sebab waktu bekerja.
Kul 5.30 bergegas ke KL Sentral untuk naik bas ke LCCT dan RIS-FAMILI amik peluang tidur dalam bas. Dah sampai LCCT baru terjaga. Sampai LCCT ronda lagi di LCCT dan lepas tu self check in di mesin. Masuk ke balai berlepas dan tak lama lepas tu ada pengumuman flight delay tapi delay tak la lama sangat. Delay sebab cuaca tak begitu baik untuk penerbangan memandangkan Pantai Timur musim hujan waktu tu. Alhamdulillah, akhirnya sampai ke rumah dengan selamat.

Tiada ulasan: