12 Jan 2011

Cuti-cuti Malaysia - Galeri Petrosains

Best - Itulah tanggapan RIS-FAMILI bila nak masuk ke Galeri Petrosains. Dan tanggapan tersebut benar belaka terutamanya jika pergi bersama-sama anak-anak kerana banyak yang dapat di pelajari oleh anak-anak. Tapi kita sebagai ibu bapa pun turut enjoy kerana aktiviti yang disediakan adalah sesuai untuk semua peringkat usia tambahan pula kebanyakkannya berciri interaktif.
Mungkin sesetengah orang beranggapan yang Galeri Petrosains ni berkenaan Petronas atau petroleum sahaja. Namun rupa-rupanya benar juga tanggapan tersebut namun hanya benar sebahagian sahaja kerana banyak lagi aktiviti lain. Nak citer kat sini rasanya tak cukup 1001 malam untuk menghabiskannya, kalau nak tahu pergi sendiri aje la. Ala... harga bukan bandingan kerana pengetahuan dan pengalaman yang dapat lagi berharga.
Permulaan nak ke dalam pun agak menarik. Kita kan di bawa masuk dengan menaiki kenderaan yang berbentuk seperti cawan dan sepanjang perjalanan akan di selang-selikan dengan cerita dan gambar berkenaan alam ini. Namun tak de gambar lak nak tunjuk sebab kenderaan ini melalui laluan yang mana pencahayaan adalah samar-samar je. Masa nak keluar pun menaiki kenderaan ini.
Dah sampai destinasi, baru la bebas nak gerak kemana jua yang suka. RIS-FAMILI mencadangkan kalau nak masuk pastikan masa yang diperuntukkan adalah minimum dua jam. Lagi lama lagi banyak yang dapat diterokai. Antara yang menarik minat RIS-FAMILI adalah simulasi helikopter, permainan interaktif dengan cahaya, persembahan sains, alam dinasour, permainan komputer bekaitan sains, kerusi gempa bumi, dan banyak lagi. Tak yah kot citer satu persatu sbb tak sama kalau cerita dengan mengalaminya sendiri.
Memandangkan RIS-FAMILI masuk dah hampir tengahari jadi kena keluar awal kerana perut dah kelaparan, sempat dua jam je dalam Galeri Petrosains. Lain kali RIS-FAMILI nak masuk lagi dan akan pastikan makan dahulu sebelum masuk supaya boleh lama-lama beraktiviti dalam Galeri Petrosains ni. Banyak yang tak sempat explore hari tu. Ada sapa-sapa nak sponsor.
(Amaran : Keseronokan adalah berdasarkan pengalaman RIS-FAMILI. Mungkin berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. RIS-FAMILI tidak bertanggungjawab jika anda rasa tak best. ^_^)
Sedikit Info Tentang Petrosains (Promote Sikit)
Pintu Masuk : Tingkat 4, Suria KLCC Menara Petronas.
Keluasan : 70000 kaki persegi.
Operasi : 9.30 pagi - 4.00 petang (Selasa - Jumaat), dilanjutkan sehingga pukul 5 pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Isnin tutup kecuali Cuti Umum.
Tiket : RM 12 (Dewasa), RM 7 (13 - 17 tahun), RM 4 (5 - 12 tahun), RM 6 (55 Tahun ke atas), Percuma (5 tahun kebawah) RM 24 (Pakej Famili - 2 dewasa & 2 kanak-kanak)
Klik sini untuk membaca tentang Galeri Petrosains



***********ADVERTISEMENT***********


Tiada ulasan: