7 Jan 2011

Kursus Penutup 2010

Pada tahun 2010 adalah merupakan tahun yang banyak dilangsungkan kursus bagi ofis Abah Amin. Selepas banyak kali terlepas peluang menghadiri kursus sebelum ini atas alasan-alasan yang kukuh walaupun dicalonkan namun kursus kali ini merupakan antara kursus yang tidak dilepaskan peluang oleh Abah Amin. Dan ini merupakan antara penutup kursus bagi tahun 2010.

Kursus yang dimaksudkan adalah 'Kursus Asas Dandang' yang dijalankan oleh JKKP Putrajaya dengan kerjasama syarikat pembuat Dandang / Pengandung Tekanan yang beroperasi di Kota Kemuning, Shah Alam. Melihat pada nama kursus pun sudah menunjukkan bahawa topik yang diberikan hanya setakat asas sahaja atau lebih tepat untuk memperkenalkan apa itu dandang dan bagaimana operasinya, membina, mengendali dan menyelenggara secara ringkas.
Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat pembuat dandang / pengandung tekanan tersebut dan dijalankan di salah sebuah hotel di Klang, Selangor. Peserta adalah pegawai teknikal dari setiap JKKP negeri dan Ibu Pejabat dan setiap satunya diwakili oleh 2 orang pegawai.



Kursus teori dijalankan selama dua hari dan hari ketiga diadakan lawatan ke kilang syarikat pembuat dandang / pengandung tekanan dan lawatan ke syarikat yang menjalankan 'non destructive test' dan 'destructive test'. 




Lawatan ke kilang pembuat dandang / pengandung tekanan adalah bertujuan untuk memdedahkan peserta dengan keadaan kilang pembuatan dandang terutamanya bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai kilang seumpamannya. Dari pemerhatian semasa lawatan tersebut hampir 90 peratus aktiviti adalah untuk pembuatan pengandung tekanan. Jadi boleh dikatakan lawatan lebih tertumpu kepada pengandung tekanan.

Aktiviti terakhir adalah menerjah syarikat yang menjalankan kerja-kerja 'non-destructive test' dan 'destructive' test. Dikatakan menerjah kerana aktiviti ini tiada dalam jadual asal dan persetujuan syarikat hanya diminta beberapa jam sebelum itu. Namun masih disambut dengan mesra oleh staff di situ. Walaubagaimanpun aktiviti terjah ini ada juga kekurangannya. Disebabkan tidak ada dalam jadual asal dan hanya last minit, maka sesetengah alat penguji tidak dapat ditunjukkan cara berfungsi kerana tiada bahan untuk diuji.
Rasanya kursus ini patut diteruskan terutamanya kepada pegawai-pegawai baru bagi memberi pendedahan kepada mereka. Terima kasih HQ.



Tiada ulasan: